Sabtu, 17 November 2012

Ujian Dalam Kehidupan...

kita sering mahukan hari yang
cerah tapi Allah mengetahui,
hakikatnya hujan perlu
diturunkan..

kita sering inginkan keseronokan, jauh sekali
kesusahan tetapi Allah lebih
mengetahui, kesusahan itu
mengajar erti kehidupan..

kita sering inginkan
ketenangan, hakikatnya diri
penuh dosa dan kejahatan
kerana manusia tidak lepas
dari melakukan kesilapan..
semuanya bukan hukuman..

tapi...

Sebagai tanda kasih sayang
Tuhan agar kita lebih tabah..
itulah ujian dan dugaan
dariNya pada hambanya untuk mengenal erti kesabaran...

BERSABARLAH...

NH: sama-samalah ita muhasabah diri..

Published with Blogger-droid v2.0.9

8 ulasan :

lynmunir berkata...

Cobaan itulah yang memaniskan hidup dan mematangkan perjalanan kehidupan.
Ketika diri didatangi ujian banyak yang terlupa hikmah disebalik kejadian. Senyumlah..hidup ini indah.

Unknown berkata...

sajak terbaik..bersabarlah...memang amalan sabar itu cabang iman..

miss yatie berkata...

ujian dan dugaan itu lumrah kehidupan yg harus kita jalani, semakin banyak ujian semakin kuatlah iman..dan semoga kita tidak akan berpaling dariNYA..InsyaAllah

Unknown berkata...

betul... kita selalu nak yg baik-baik, yg cantik-cantik, yang gembira-gembira je... tapi kadang-kadang disebalik tidak baik, yg tidak cantik dan yg sedih tu terselit satu rahsia serta keindahan yg tersembunyi.. dimana kita harus mencarinya dan itu lah nikmat serta ujian yg Allah turunkan pada kita utk mengenlai siapa diri kita sebenar dan dimanakah letaknya kesabaran dan keimanan kita... walahualam

Muttallif berkata...

Sabar separuh dari iman dan ia penting dalam kita menjalani kehidupan

boni kacak berkata...

thanks bro utk peringatan ni..... semoga ia memberi manfaat kepada kita semua.. InsyaAllah...

Tinta Lana berkata...

Assalammualaikum nasir.. :)

Kita tahu hakikat sebenar setiap kejadian, cuma kita yang tidak mengakuinya. Kadang2 lupa. Leka.

Macam nasir tuliskan kat sini.. kita tahu susah itulah yg mengajar mcmna nak hidup..tapi tak ramai diantara kita yang sanggup hidup susah. Takut, tak selesa, mcm2 lagi difikirkannya.

Sejak lana keja ni nasir, lana pun camtu..lau boleh, janganla ada customer yg prangai pelik2..nak yg senang dihandle je..huhuhu.. tapi, pas bca komen abgtaliff, terasa betul sgt. Bila dpt customer jenis cerewet, dari situla kita blajar sbnrnya mcmna nak uruskan org2 cerewet.. :)

Unknown berkata...

sabar ..

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..