Rabu, 21 November 2012

SUBAHANALLAH.. Cantiknya Awan Itu.. Seolah-Olah Terbentuk....

Assalam buat rakan2 yang disayangi...

Petang Selasa sempena hari cuti aku, aku bersama mak, kakak, dan Cik An (seorang blogger comel) serta anak2 sedara yang lain, memulakan riadah ringkas dimana kami bersiar2 di tepi pantai Telok Sengat dan kampung Johor Lama.. Saja mengambil angin petang setelah sekian lama tak beriadah di tepi pantai.. dapat juga menghilangkan lelah seharian bekerja..

Dari mula nak sampai jalan masuk teluk sengat aku dah terpandang segumpalan Awan yang silau di sinari cayaha mentari yang menandakan hari akan beransur senja.. indahnya simbahan cahaya mentari di celah2 awan itu membuatkan hati aku meronta2 untuk cepat sampai ke teluk sengat... Ya memang indah... Jarang aku jumpa keindahan sebegitu di pantai telok sengat.. Adehh...

Sampai kami ditepi Pantai aku mula berlagak seperti camera man, kebiasaannya seorang camera man akan membawa camera DSLR Tu kan? tapi aku lain, aku bawak papan sekeping tuh.. (tablet murah ajer) Aku snap gambar2 awan yang membuatkan aku teruja melihatnya... tak lupa gambar jambatan lebuhraya senai desaru yang melintasi sungai Johor tu pun jadi mangsa kerakusan aku.. hahah.. apapun Memang permandangan disini tak kalah menariknya... SUBAHANALLAH...





Jika korang semua perasan simbahan cahaya pada awan ini seolah2 terbentuk Kalimah Allah.. aku perasan ni pun masa aku belek2 balik gambar ni masa aku kat rumah.. Wallahualam..





Apapun memang indah dan aku suka dengan keindahan Alam ciptaan ALLAH.. Tidak jemu mata memandang dan tiada cacat celanya... MASYAALLAH...

Terima kasih ALLAH...

7 ulasan :

Muttallif berkata...

Memang indah NH. Ciptaan Allah swt sememangnya indah. Ia memberi ketenangan bila dipandang.

the malay male berkata...

Subhanalllah

Nuraihan Kassim berkata...

Allahuakbar, Allah maha besar :)

KY berkata...

MasyaAllah...semua itu rahsiaNYA..

Raudzah Zahari berkata...

SUBHANALLAH ..indahnya ciptaan NYA

boni kacak berkata...

yelah.. nampak seperti kalimah Allah.. mungkin ini seperti satu tanda2 untuk memperlihatkan kekuasaanNya. manusia sekarang makin ramai yang alpa dengan keseronokan duniawi. termasuklah saya sendiri... semoga ini menjadi iktibar buat kita semua...

yusri berkata...

Cantik keindahan ciptaan Allah.

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..