Ahad, 1 April 2012

MISTERI ORANG SEBELAH

Assalamualaikum


Apa kabar rakan2 semua, diharap korang sentiasa berada didalam keadaan sihat dan sentiasa didalam keredhaan ALLAH.. InsyaAllah.. Pada kali ini aku nak kongsi pada korang tentang kisah seram yg berlaku pada seorang sahabat yg menuntut di salah sebuah universiti di sebelah utara.. kisah ini diceritakan kembali kepada adik aku yg belajar disana.. mari sama2 kita mengikuti kisah yg bertajuk  MISTERI ORANG SEBELAH..


Pada suatu malam, Azi dan rakannya yg bernama ira sibuk mengulang kaji pelajaran.. Dua lagi rakannya zati dan zila pula sedang lena dibuai mimpi di atas katil masing-masing kerana kepenatan dengan program yg dianjurkan oleh pihak Universiti... Begitulah rutin harian mereka berempat semenjak masuk di Universiti tersebut. Hubungan mereka yg baru mengenali antara satu sama lain dilihat semakin akrab.. kebetulan juga mereka dalam kos yg sama..

Jam ketika itu telah menunjukkan ke angka 2 pagi, Ira sudah mula menguap kerana mengantuk.. matanya sudah mula rasa perit, Sesekali Azi menjeling kearah rakannya itu.. Dia hanya tersenyum melihat wajah layu Ira, kesian pula dia melihat Ira yg nampak gayanya sudah terlalu mengantuk lalu Azi menyuruh ira beransur tidur dahulu..


Ira bangun menuju ke katilnya, Azi pula meneruskan kerjanya yg hampir siap. melihat jam loceng dimeja sudah menunjukkan ke angka 2.30 pagi.. dia memutuskan untuk tidur, sedang Azi mengemas buku-buku yg berselerakkan diatas lantai.. tiba- tiba Azi mersakan ada hembusan angin menghembus di tengkuknya, bulu romanya serta merta meremang.. ditoleh kiri dan kanan kemudian dia melihat tingkap biliknya, sudah tertutup rapat. perasaannya mula rasa gelisah, cepat- cepat dia pergi ke katilnya, 5minit berlalu, pelik, matanya langsung tidak mengantuk.. puas dia memusingkan badannya, tidak juga dia berjaya melelapkan matanya..dia termenung, fikirannya tiba- tiba teringgatkan cerita seram yg disampaikan oleh seorang senior di situ padanya siang tadi..

menurut senior itu rakannya sering diganggu bunyi ketukan pintu dibiliknya, dan bila ditanya siapa? orang itu mengatakan dia budak dari bilik sebelah,  selepas pintu dibuka tiada sesiapa pun diluar.. bila ditanya dengan rakan bilik sebelah, mereka pun terkejut.. mula-mula dia ingat mungkin rakan- rakan yg lain saja nak menakut-nakutkan.. tapi bila difikir secara logik takkanlah ada yg berani buat begitu.. peliknya bunyi ketukan itu akan kedengaran pada setiap pukul 3pagi.. setelah berkali- kali diganggu, dia tidak lagi berani membuka pintu biliknya.. telah di laporkan perkara itu pada warden asrama.. tapi mereka buat tak tahu sahaja..


Lamunan Azi terhenti setelah dia terdengar bunyi tapak kaki orang sedang berjalan diluar biliknya.. pada firasat Azi mungkin akak tijah, warden asrama disitu sedang menjalankan tugas mengawal asrama tersebut.. bunyi itu semakin hampir dan tiba- tiba terhenti dihadapan pintu biliknya, Azi cuba melihat bayang- bayang di bawah pintu.. tapi tiada, dadanya mula berdebar.. tidak lama kemudian secara tiba- tiba pintu bilik diketuk bertalu- talu.. Azi semakin resah, bila ketukan itu berterusan.. Azi bingkas bangun dan terus mengejut Ira yg sedang lena tanpa rasa terganggu dengan bunyi bising tersebut.. sah Ira tidur mati.. puas digoyang badan Ira tapi Ira tidak sedar.. Azi memberanikan dirinya dan bertanya siapakah tetamu di luar biliknya itu.. tiba- tiba kedengaran satu suara menjawab dengan nada yg amat menyeramkan..


Saya orang sebelah.. boleh buka pintu sekejapppppppp...

Azi semakin panik, terbayang difikirannya apa yg disampaikan oleh seniornya siang tadi.. badannya menggeletar diserang ketakutan, belum sempat Azi menjawab, tiba- tiba tombol pintu biliknya dipulas dan terbuka perlahan- lahan.. azi terkaku disitu. dia seperti orang dipukau tidak boleh bergerak.. matanya pula  tertumpu pada pintu yg sedang terbuka itu.. dalam samar- samar cahaya lampu, dia ternampak susuk tubuh seorang wanita berdiri  dihadapannya.. terkejut Azi bila mendapati tubuh wanita di balik  pintu itu hanya ada sebelah badan sahaja, sebelah badan lagi tidak kelihatan, ditambah dengan keaadan wajah  mahluk itu yg cukup mengerikan.. bau bangkai menyelusup ke hidung Azi.. Azi menjerit sekuat hati, badannya tiba- tiba menjadi lemah dan tidak berdaya lalu terkulai pengsan di atas lantai biliknya..

************************  Seketika kemudian ************************

Tijah yg sedang berehat di bawah banggunan asrama tersentak bila terdengar bunyi jeritan dari tingkat atas.. Dia yg bekerja sebagai warden asrama terus berlari menuju ke atas dan mencari arah datangnya bunyi tersebut... dari kejauhan ternampak kelibat seseorang sedang berjalan keluar dari sebuah bilik, dan terus hilang dari pandangan matanya.. Dia terus masuk kebilik tersebut, dilihatnya seorang pelajar terbaring dihadapan pintu dan terdapat kesan lebam pada muka pelajar itu.. Tijah yg sudah lama bekerja sebagai warden di asrama itu sudah mengagak apa yg berlaku.. Ya.. Mahluk itu kembali lagi untuk mengganggu pelajar- pelajar yg baru masuk ke Universiti tersebut.. Setiap kali ada kemasukan pelajar baru, mesti ada yg di sakat.. 

**********************************************************
 Selepas dari kejadian yg menimpa Azi, pihak universiti telah memanggil Orang yg bijak pandai untuk menghalau mahluk- mahluk yg sering mengganggu pelajar- pelajar baru disitu.. Azi yg trauma selepas kejadian diganggu mahluk orang sebelah itu, kini semakin pulih.. pengalaman di ganggu mahluk tersebut menjadi kenangan pahit yg tidak mungkin dapat dilupakan oleh beliau..

SEKIAN

...Karya nasir hamzah...

9 ulasan :

bebeldotsorang berkata...

uish cuak eden..huhu nasib time blaja dulu org sebelah eden kenal..huhu

nasir hamzah berkata...

tulah, mana yg pernah masuk U mesti ada yg tahu cerita ni.. kalau tak pun ada kisah seram lain yg mereka dengar atau mereka lalui..

atiqa aris berkata...

ish meremang la pulak bce cerita ni.

nasir hamzah berkata...

hehe, seram kan.. saya yg menulis pun rasa seram banget.. huhu..

admin berkata...

mase aku kecik2 dlu ade kkak ak cite psal kisah ni..dlu seram gile tp skrang ak taklah takut sngt..hehe rse2nye laa

Pemandu Teksi berkata...

hantu sebelah saya tak pernah jumpa lagi, tapi kalau orang tiga suku selalu jumpa.... he he..
Tapi memang seram cerita ni en Nasir, boleh meremang bulu roma kalau baca pukul 12.00 malam..

http://zarincepp73.blogspot.com

nasir hamzah berkata...

jangan jumpa hantu kuasa dua dah lah pasni.. haha..

Admin berkata...

Assalamualaikum.....

Beberapa tahun sebelum ini di TV3 ada rancangan waktu malam yang dihoskan oleh FEDTRI YAHYA. Ia berkaitan dengan cerita-cerita misteri.

Dalam salah satu episod, FEDTRI YAHYA ada menceritakan semula pengalaman pelajar universiti (kalau tak silap) berkenaan dengan "orang sebelah". Pelajar universiti ingatkan budak bilik sebelah, rupanya betul-betul "sebelah punya orang...".

Yang menjadi persoalan, kenapa pelajar-pelajar universiti atau kolej sering menjadi "bahan cerita" seram sebegini?. Apakah disebabkan tapak yang digunakan untuk membangunkan universiti atau asrama itu sebelum ini ada "penghuninya"?. Allah SWT sahaja yang tahu... Dialah pemilik di langit dan di bumi...

nasir hamzah berkata...

Az: yeker. tu lah tak dapat nak dpastikan. selalu nya pelaja yg bru mesti kena ganggu.. thanks ahmad zaki.

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..