Ahad, 25 Mac 2012

Lawak Yg Mempunyai Pengajaran


gambar hiasan


Pada satu malam, ali dan teman wanitanya.. keluar ke bandar untuk membeli barang2 keperluan pertunangannya.. setelah selesai berbelanja ali membuat keputusan untuk terus menghantar teman wanitanya pulang.. ketika sampai di sebatang jalan tiba2 hujan turun dengan lebat sehingga menyebabkan pandangan ali terbatas untuk  memandu.. teman wanitanya menyuruh ali memberhentikan kereta di tepi jalan dan menunggu sehingga hujan reda.. tapi ali yg memang terkenal dengan sikap degilnya, ingin juga meneruskan perjalanan itu.. " takpe bawa slow2 jer " kata ali kepada teman wanitanya..

Tiba2 ali melihat ada sebuah kereta dihadapannya.. ali memutuskan untuk menunda sahaja kereta itu.. supaya dia lebih mudah untuk memandu.. tidak lah dia terkial2 untuk memastikan jalan yg dilaluinya nanti.. bila kereta dihadapan nya itu membelok ke kiri, ali juga akan membelok ke kiri, kalau kekanan, dia akan kekanan.. sehingga pada satu tempat dengan tiba2 kereta dihadapan berhenti secara mengejut.. ali yg tergamam terus menekan pedal brek.. tapi malang.. ali tak sempat mengelak.. dengan keadaan jalan yg sangat licin akhirnya kereta ali  merempuh kederaan dihadapannya itu.. dentuman yg kuat membuatkan ali panik seketika.. 

Pemandu kereta di hadapan terus keluar dengan tergesa2.. lalu mengetuk tingkap kereta ali,  ali yg sedang ketakutan bimbang diapa2kan memberanikan diri keluar dari keretanya..


Pemandu: kenapa dengan kau ni? gila ke hape? 


Ali: eh encik yg berenti mengejut!! mana sempat saya nak memberek, dah lah jalan licin!! " balas ali mempertahankan dirinya"


Pemandu: aku berhenti sebab aku nak parking kereta aku disini bro!! ujar pemandu tersebut!!


Ali: memang sah!! encik yg salah!! yg encik parking kereta kat tengah2 jalan ni buat hape? dah giler ke!! "ali pula menyergah pemandu itu"


Pemandu: eh kau ni !! apekehea pulak bro, mari sini kejap!! kau tengok ni dekat mana??  hah?? kat mana?? "marah si pemandu itu pada si ali "

Ali: erk..erk...ni rumah sapa ni? rumah encik ker??

Ali tersenggih2 bila mendapati yg dia telah menunda kereta itu sehingga kerumah pemandu tersebut.. dia menepuk dahinya sendiri...

Cerita diatas pernah tersiar di dalam majalah MASTIKA, tapi jalan ceritanya telah aku edit sikit.. kisah lawak ni jika kita renungkan, bukan hanya lawak semata2.. akan tetapi mempunyai pengajaran di sebaliknya, fikir2kan lah..

... selamat beramal..


8 ulasan :

[PCL] berkata...

jgn ikut montot keta dekat sangat...hehe khayal la tuh..bahaya!

nasir hamzah berkata...

ye betul3.. kita harus berhati2 ketika memandu.. yg penting ikut aturan yg ditetapkan.. kalau dah nak kena tu dah dugaannnnn.... hehe..

nur fatihatuz zahra berkata...

dia khayal tu.. sebab tak nampak jalan kan.. hehe

nasir hamzah berkata...

maklum ler nur, dia duk sebelah bakal tunang dia..huhu..

Tanpa Nama berkata...

mmm

MohamS Faiziey berkata...

Enth ape2 lar

MohamS Faiziey berkata...

Enth ape2 lar

MohamS Faiziey berkata...

Enth ape2 lar

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..