Isnin, 19 Mac 2012

Majlis kawin di Muar, Johor

assalamualaikum

amacam korang semua? hari minggu lepas tak kemana2 ke? pergi bersiar2 ke, pergi shoping ke, pergi berkelah ke, pergi kenduri kawin ke? berapa banyak ke daaa.. heheh.. 

aku baru sahaja balik dari muar, ada majlis kenduri kawin sedara belah mak, rasanya baru minggu lepas aku kesini, penat belum hilang lagi.. kena pergi lagi.. takpelah, meraikan majlis orangkan dapat pahala, betul tak? sambil2 dapat kenal sedara, sambil2 tu juga dapat jalan2 jugak.. hehee.. oklah korang layan ler gambar2 aku snap kat sini..

mak disamping sepupunya

tak dapat ambil gambar pengantin, pelamin pun jadilah, cantik..

tanjung emas muar, dah sampai muar jangan lupa singgah disini, bagi monyet makan.

hah!! tengok sapa tuh..

masjid lama muar, cantik senibinanya..

masjid baru muar, dapat ambil dari jauh jer, huhu


Lepas pergi jalan2 kat bandar maharahi Muar, terus ke rumah sedara2 yg dah lama tak jumpa, mak aku pulak rindu sangat dengan cikgu yg pernah mengajar sewaktu mak aku bersekolah agama dulu, waktu tu dalam darjah 3 kot. bila dah berjumpa apa lagi, berpeluk erat sambil mengalirkan air mata, sedih benar.. aku pun turut sayu melihatnya.. cehhh..


dibawah ni gambar sedara belah mak juga. memang kitaorg tak pernah pergi rumah sedara yg ni, tapi Alhamdulillah akhirnya dapat juga menjejakkan kaki kesini.. cuma ada 2org sedara je lagi yg tak dapat kitaorg jumpa disebabkan dorang keluar, maklum hari minggu.. ok lah korang pun macam boring je dengar celoteh aku.. huhu..


sekali2 apa salahnya aku kongsikan pada korang tentang sedara mara aku ye tak..




Oklah aku nak bagi info sikit kat korang, kalau korang ke muar, jangan lupa singgah makan, disini terkenal dengan lauk asam pedas muar, peh rasanya memang sangat2 piaw! 




kedai makan MAK PON ni bertempat di Pantai Leka Parit Jawa Muar, memang top kedai ni, pernah masuk rancangan jalan2 cari makan.


jika korang nak makan satay pula, boleh lah ke bandar maharani Muar, kebiasaannya peniaga jual satay di waktu petang, tapi jika disini dorang jual di waktu pagi. kira sarapan satay ler.. itulah keistimewaannya..


kedai satay ni pula bertempat di bandar muar, dekat dengan bustand besar muar.


Aku sendiri belum pernah lagi merasa satay muar ni, tak berkesempatan, maklum sampai disini dah petang.. tapi satay Muar ni memang dah terkenal sejak turun temurun lagi.. memang sedap..


Itu saja lah perkongsiaan aku pada kali ni, okeh.. take care pada korang semua..


salam
*********************************************************





1 ulasan :

aYaz berkata...

org johor ke?
heheh...

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..