Sabtu, 24 Mac 2012

Penumpang Misteri Di Stesen Minyak



pada entry kali ni, aku nak kongsi kisah seram pada korang.. dah lama aku tak cerita seram kan? jadi kita layan citer seram pulak ok, kisah ini berlaku pada seorang pakcik, dia ni mempunyai sebuah kedai runcit, dalam masa yg sama dia menjual minyak secara kecil2lan,,tau kan minyak apa? minyak petrol ler.. he he.. ok2 fokus ok baca entry seram aku kali ni...


gambar hiasan

pada satu malam, seperti biasa pak abu, pergi lah ke stesen minyak di pekan berdekatan yg lebih kurang 18km lah jaraknya.. memang itulah rutin hariannya pada setiap malam.. alasannya supaya minyak di kedainya tidak kehabisan.. agar sentiasa ada bekalan jika ada pelanggannya yg keputusan minyak pada waktu malam jika berlaku kecemasan..

setelah tiba di stesen minyak, pekerja2 disitu yg sudah faham dengan kehadirannya, mereka terus mengisi minyak kedalam tong2 yg sudah disediakan.. sementara menunggu pekerja2 stesen minyak mengisi penuh tong2 yg dibawanya, pak abu berbual2 dengan pemilik stesen minyak a.k.a sahabatnya itu.. semasa itulah muncul seorang gadis yg berumur dalam lingkungan 21tahun menyapa mereka berdua..pak abu terkejut melihat gadis yg memakai topi itu sedang menangis.. seolah2 ada masalah besar yg dihadapi olehnya.. lalu dia pun bertanya pada gadis itu.. apa masalahnya sehinga gadis itu menangis..

gadis itu pun mengadu pada pak abu, yg dia tertinggal bus kilang.. pak abu pelik, macam mana pulak budak ni boleh tertinggal bus? tapi bila dilihat budak tu sedang menangis tak sampai hati pula dia nak bertanya dengan lebih lanjut..gadis itu meminta bantuan dari pak abu untuk menghantarnya pulang.. pak abu dengan senang hati bersetuju untuk membantu gadis tersebut.. setelah selesai mengisi minyak dan membuat bayaran pak abu pun berangkat untuk menghantar gadis tersebut..


gambar hiasan

ketika didalam perjalanan, pak abu hanya mendiamkan diri.. melihat gadis yg ditumpangkan nya itu hanya tunduk dan tidak berkata apa2.. setelah tiba di kawasan kampung, gadis itu menunjukkan jalan ke rumahnya yg berada berdekatan  simpang empat.. pak abu memberhentikan kereta yg dipandunya.. gadis itu berlalu keluar dari kereta dan mengucapkan terima kasih pada pak abu.. pak abu hanya menganggukkan kepalanya.. entah kenapa dia rasakan ada sesuatu yg tak kena pada gadis itu.. tapi pak abu buat tak tahu je.. malas dia nak fikir semua tu..

pak abu meneruskan perjalanan pulang kerumahnya.. setibanya dirumah, ketika hendak keluar dari kereta, dia terperasan ada satu barang di atas tempat duduk sebelahnya.. ada seutas gelang emas disitu.. terkejut pak abu.. dia teringatkan gadis yg di tumpangnya tadi.. sah barang kemas budak ni tertinggal, getus hatinya.. kemudian pak abu menyimpan gelang itu kedalam beg sandang nya..


gambar hiasan

pada esoknya pagi2 lagi pak abu ke rumah gadis tersebut.. setelah mencari2 akhirnya pak abu pun sampailah kerumah gadis itu.. dia memberi salam kepada tuan rumah beberapa kali, keluarlah seorang pakcik sambil menjawab salam dan mereka berdua berjabat tangan. pak abu menceritakan segalanya pada tuan rumah yg bernama pak karim.. pakcik karim pula terpinga2 mendengar cerita pak abu... lalu pak abu mengeluarkan gelang emas dan diserahkan pada pak karim.. dia membelek2 gelang itu..dan dia memanggil isterinya, setelah isteri pak karim melihat gelang tersebut, seperti kehairanan kemudian isterinya termenung.. wajahnya tiba berubah sayu..

isteri pak karim  lalu menceritakan perkara yg berlaku pada anaknya yg bernama rasidah itu baru sahaja meninggal dunia sebulan yg lalu kerana terlibat dalam kemalangan ketika pulang bekerja.. kemalangan ngeri itu  menyebabkan bahagian kepala dan tangan anaknya cedera parah.. dan gelang yg dipakai oleh rasidah ketika itu hilang tidak dijumpai.. 

pak abu terkejut dengan apa yg diceritakan oleh isteri pak karim.. seperti mimpi apa yg dilaluinya semalam, rupa2nya gadis yg ditumpangkan itu telah meninggal dunia.. pak abu tak mampu nak berkata apa2.. dengan langkah lemah longlai dia terus meminta diri untk pulang.. itulah pengalaman yg tak mungkin dapat dilupakan seumur hidupnya..

begitulah  kisah seram yg dilalui oleh pak abu ( bukan nama sebenar )
apa pendapat korang tentang kisah yg aku paparkan ini? sebenarnya kisah2 macam ni sudah banyak kali kita dengar dan diceritakan orang... cuma versinya saja lain2kan.. ok lah semoga korang terhibur dengan perkongsian aku pada kali ini.. 

karya Nasir Hamzah


7 ulasan :

Pemandu Teksi JB berkata...

Meremang juga bulu roma baca en nasir punya entri ni.. Nasib baik yang tumpang tu hantu baik, kalau hantu jenis mengilai, pasti pak abu demam sebulan..
zarincepp73.blogspot.com

nasir hamzah berkata...

tu lah en zarin, haa, jaga2 lepas ni nak ambil penumpang, tengok dulu kaki dorang jejak tanah ke tidak, hehehek..

MawardiYunus berkata...

huh... seram..... ngeeeeeeeee

nasir hamzah berkata...

wah malam2 baca cerita seram... baik2 haa.. heheheeh..

Tyntha Lana berkata...

haaaaa.. mintak dijauhkan..huhu, citer seram takpa lagi..jangan letak gmbr seram ek, nanti terngiang2,huuhu

nasir hamzah berkata...

hehe.. napa kalau letak gambar seram takut masuk dalam mimpi eh..heheheheee..

Tanpa Nama berkata...

Takut gila ah......dh la baca mlm2

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..