Rabu, 28 November 2012

Sadis!! Gambar Camera AES Menyembah Bumi...

Sebut je pasal camera AES ni tentu ramai yg seakan2 trauma bila mendengar dan melihatnya.. huhu. .

Mesti ramai yg dah tahu kan tentang aes ni. pada yang belum tahu tu boleh lah korang tanya pakcik google. dan pada siapa pengguna android tu boleh la korang download aplikasi untuk aes ni di google play sebagai perisai.hehe..

Ok di bawah ni ada beberapa keping gambar camera aes yang telah pun menyembah bumi. ni Nh dapat dari banyak sumber. Nh pun tak tahu nak kata apa.. cer tengok gambar di bawah ni..

  




Kesian pula NH tengok kalau macam tu gayanya.. semua gambar di atas ini berpunca dari kemalangan dan vandalisme...

NH pernah di snap oleh AES ni, tapi... di sebabkan ketika itu pemandu line kanan memandu dengan laju, huhh tak pasal2 NH yang kena snap.. huaaa....

Huh! sabojelah eh.. pd Nh Aes ni ada baiknya jugakan?
so apa pendapat korang? korang penah terkena snap AES ni?

7 ulasan :

Muttallif berkata...

Pendapat Taliff, perkara baik patut kita terima dengan baik.

Bukan dengan perbuatan menjahanamkan barang. Rasa macam takde tamadun pulak rakyat Malaysia bila dah buat macam tu.

lynmunir berkata...

Apa diharap padi seberang
Entah kan jadi entahkan tidak
Apa diharap kamera nan sebatang
Entahkan punah entahkan tidak

( Tapi kalau tak ada kamera tu...lagi sedaplah pengguna langgar peraturan jalanraya. Tak ada bukti untuk disaman ).

ewanthology berkata...

AES bagus untuk mendisiplinkan pemandu Malaysia untuk lebih berhemah di jalan raya

caliph shuriken berkata...

aisey, sampai jadi cmtu, huh...

Raz berkata...

kasihan AES

boni kacak berkata...

walaupun ramai yang marah, namun hakikatnya, ramai yang mula memandu dengan berhemah... mungkin ada juga kebaikan AES ni. cuma mungkin kena longgarkan sikit. naikkan sikit had kelajuan kepada 115 baru disaman sebab kadang2 kita ni tak sedar kita dah melepasi 100km/j. sebab kalau 101km/j pun dah kena saman.

Tinta Lana berkata...

Salam.

Lana setuju dengan pandangan abgtaliff.

Sebenanrnya, lana suka dengan pelaksanaan AES ni. Kalau boleh, pasang banyak lagi pun takpa. Dan, apa yg diberitahu boni tu, itu pun betul juga. AES dilebuhraya misalnya, had kelajuan tu perlu dikaji semula.

Aaa, kat putrajaya ada satu. Lana kdg2 balik keja, lalu area situ..kdg2, rasa nak tergelak pun ada, semua driver laju2..tapi bila dah nak smpai dkt2 situ, masing2 slow, hehehe.

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..