Jumaat, 25 Mei 2012

Merungkai Misteri Disebalik Restoran Berhantu

SALAM 1Malaysia semua.. setelah 2 hari Nh mendiamkan diri dari menulis entry seram, pada kali ini Nh akan bawakan korang 1 lagi tempat seram yang di katakan penuh misteri..Tentu korang tertanya-tanya apakah yang membuatkan ianya menjadi misteri? ye.. begini ceritanya..


Terdapat sebuah restoran yang di beri nama adik manja.. ianya terletak di jalan gambang (sebelah kiri) menghala ke bandar kuantan.. restoran ini di katakan berhantu apabila ada seorang brother ini mengatakan dia melihat sendiri restoran ini terang menderang dan penuh dengan pengujung di waktu malam.. kebetulan waktu itu kenderaannya mengalami kerosakkan betul-betul di hadapan restoran tersebut.. Ok mari kita lihat dulu gambar restoran yang di katakan berhantu dan penuh misteri ini..




Dia yang pada mulanya hendak singgah di restoran itu sementara menunggu rakannya sampai memberi bantuan tiba-tiba berubah fikiran disebabkan.....disebabkan apa? nak tahu kisah selanjutnya? silalah kunjungi blog Ohtidak.com untuk membaca sendiri email yang di hantar oleh pengirim asal kepada blog ohtidak.com


Tapi.. haa ada tapi, bila Nh membaca komen-komen orang dari kuantan, ramai mengatakan  kisah misteri ini hanya di reka-reka.. ada juga yang mengatakan restoran ini memang seram... entah betul atau tidak apa yang berlaku di sebalik restoran ini tak dapatlah Nh nak pastikan.. berkemungkinan juga kerana kawasannya yang tidak strategi membuatkan owner restoran  ini mengalami kerugian di sebabkan kurangnya pengunjung.. jadi akibat dari itu restoran ini sudah tidak beroperasi lagi.. maka terbitlah kisah-kisah misteri disebaliknya..  dari itu kita fikir baik jelah yer kawan-kawan semua.. wallahualam...


Dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.


Sebagai hamba ALLAH kita amatlah bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai iaitu al_Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu oleh mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat kursi..

NH: kalau tiada aral melintang Nh akan ke kuantan bulan depan, dan Nh akan melalui restoran yang di maksudkan ini.. semoga ALLAH melindungi Nh sekeluarga.. 

12 ulasan :

susulemakmanis berkata...

lame xdtg blog abg nasir ni.hehe.xabes2 ngn cita hantu yer.hihi

Unknown berkata...

dulu sy pernah praktikal kat Kuantan, Selalu jugak ikut jalan gambang ni..pergh.. jalan ni memang menyeramkan bro.. kalau malam tu, memang gelap gelita tanpa lampu2 jalan. kereta pun jarang2 lalu sini

Tanpa Nama berkata...

sokong yg hadis tu..mg klu tinggal lama n biar kosong tak bpenghuni mmg jadi tempat tinggal syaitan.

Tinta Lana berkata...

Salam..

restoran tu..nampak mcm baru ditinggalkan la nasir. depannya pun,masih bersih..tak la banyak ranting kayu,daun2 ke apa.. tpi kalau malam2, gelap, seram juge, wehehehe

Unknown berkata...

saya tag Nasir SEGMEN LEBAM..tapi tak seram jemput ke laman Pesona anytime..

Unknown berkata...

asalam tuan blog..apa khabar..


http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/

Unknown berkata...

wahh..restoran pun berhanntu gak..igtkan bangunan/rumah je yg berhantu..kekeke..=)

puanbee berkata...

biasa lah buah mulut orang , tapi walau apa pun semua yg terjadi atas kehendak NYA

Ezad Skytech berkata...

biasanya kalau tempat da lama tinggal..mmg akan ada penghuni yg lain...

Raz berkata...

nampak mcm normal je kan

Unknown berkata...

bila tengok restoran ni baru teringat... kami sekeluarga dr raub pahang nk ke kuantan sbb nak jenguk pakcik kami... kami bwk 2 kereta... sewaktu ayah sy drive,kami berhenti disini untuk mkn... dan kami nmpk kdai 2 sgt meriah... tp disebabkn terlalu ramai... kami xjadi mkn... dan terus kekuantan... bila sampai dikuantan... kami terus bercerita mengenai kdai tersebut pd pakcik kami... dan dia kata kdai 2 xder org... jd yg kami nmpk 2 apa?

nasir hamzah berkata...

Wah rezki qayyum... untung lah dapat pengalaman tu.. bukan suma orang boleh nampak kedai ni penuh dengan pelangan.. apapun rezeki awak lah.. nasib baik tak jadi singgah... haisss...

Tq rezki qayyum...

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..