Khamis, 5 Julai 2012

Misteri Bas Tersadai Di Hutan Dialih Makhluk Halus


As-Salam...


Ok sebelum NH meneruskan Entri ini, NH nak korang bayangkan sejenak... korang bayangkan,korang sedang menaiki sebuah bas, Dan bas tersebut sedang meluncur laju di lebuhraya diwaktu malam yang sunyi, dan tiba-tiba dalam sekelip mata, bas yang korang naiki itu tup2 berada didalam sebuah hutan tebal yang sangat gelap gelita.. korang tertanya2 apakah yang berlaku.. tapi tiada jawapan yang pasti.. masing-masing keliru.. tiba-tiba dalam suasana hening begitu terdengar sayup-sayup suara bertanya... banggg... ohhh banggg...kenapaaa tuuu. sesat jalan ehhh? abang tak guna Gps ke banggg? eheheheheee... Hahaha.. Ok! cukup.. ianya tak lawak pun..kah30x..


Sebenarnya semalam NH ada terbaca satu artikal di utusan online tentang  kisah pelik yang terjadi pada seorang pemandu bas yang membawa 33 penumpang sedang dalam perjalanan ke Madura Indonesia, dengan sekelip mata bus yang mereka naiki itu, yang sedang bergerak diatas jalan raya tiba-tiba je berada di dalam sebuah hutan, dalam hutan tu pulak tiada jalan langsung untuk dilalui.. hah? tak ke pelik tu? peh!! agak-agak kalau NH ada sekali dalam bus tu pun terpinga-pinga dengan apa yang berlaku..huh! dan NH tak pernah terfikir pun perkara ni boleh berlaku.. Tapi semuanya atas keizinan ALLAH... Kita harus ingat itu ye kawan-kawan semua.. Jom baca kisah selanjutnya dibawah ini...




Di Jakarta.. seorang pemandu bas bersama 33 penumpang lain mengalami peristiwa aneh apabila bas yang dinaiki mereka secara tiba-tiba berada di tengah-tengah hutan walaupun pada mulanya berada di atas jalan raya.



Dalam kejadian tersebut, bas milik syarikat Pahala Kencana yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Madura, pada mulanya menggunakan jalan Juwana-Rembang sebelum pemandunya beralih ke jalan alternatif.


Namun ketika menyusuri jalan Jaken di wilayah Jati, bas tersebut secara tiba-tiba berada di hutan Gadogan yang terletak di Jawa Tengah. Pemandu bas tersebut cuba untuk bergerak ke depan dan ke belakang, namun gagal disebabkan pokok jati menghalang pergerakan kenderaan itu.


Selepas menyedari bas itu terperangkap di tengah-tengah hutan, pemandu itu kemudian meminta pertolongan daripada penduduk di kawasan terbabit.


Namun, kereta peronda polis tidak dapat memasuki lokasi kejadian disebabkan tiada jalan yang menghubungkan tempat tersebut.


Selepas lima jam tersadai, sekumpulan mekanik syarikat Pahala Kencana berjaya mengeluarkan bas tersebut selepas memotong pokok-pokok yang menghalang laluan kenderaan itu.


Pegawai polis yang ditemui, Briptu Suwignyo mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, badan bas itu tidak mempunyai kesan calar atau rosak akibat melanggar pokok di hutan terbabit.


Namun, jelasnya, ia bukan kejadian kali pertama kerana sebelum ini dua trak minyak pernah mengalami nasib yang sama dan ia dipercayai berkaitan gangguan makhluk halus.


"Kawasan hutan ini sering dijadikan pihak tertentu melakukan amalan syirik dengan harapan menjadi kaya dengan cepat.


"Oleh itu tidak hairan orang yang melalui jalan di sini sering diganggu makhluk halus yang dipuja golongan tidak bertanggungjawab itu,"

9 ulasan :

NAL berkata...

Eh, ni misteri sangat ni..kalau NAL dalam bas tu, NAL tido jer. :)

p/s : jom belajaq loghat utaqha

Unknown berkata...

wow.. ini sangat2 aneh ok.. macam mana leh tersangkut tiba2 dalam hutan tu?? pergh

Unknown berkata...

owh itu mungkin dia termasuk kawasan bunia kot :P

Dayang Deno berkata...

hairan hairan hairan!

Muttallif berkata...

Kalau kita terlalau mmuja sesuatu, terkadang mereka akan muncul. Tapi, masalahnya kemunculan mereka menganggu kehidupan harian kita. Ia memberi masalah.

Yana Halim berkata...

dah dipuja2, memang makin menjadi benda2 tu menyakat manusia. nasib belum pernah terjadi kat Malaysia ni.

Unknown berkata...

cerita ni disahkan benar ker? media massa kt indon biasanya byk putar belit ubah2 utk cr publisiti

uncle berkata...

pergh misteri betul..nasib baik tak ali pesawat mig29N 2-3 ketul..mahal wooo

anamizu berkata...

eeee biar betol? aah kan.. tah2 media indon sesaje je buat cite ni kot..




Luv,
cik ana

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..