Sabtu, 2 Jun 2012

kisah Mayat Membaca Surah Yassin Di Mekah


Korang pernah dengar kisah mayat baca surah yassin di mekah? Nh pun baru je dapat tau.. tapi Nh tak dapat pastikan lagilah kisah ini benar berlaku atau sebaliknya.. yang pasti jika ianya benar berlaku semua itu atas kehendak ALLAH.. ok jom kita baca kisah di bawah ini yang Nh ambil dari beberapa sumber..


Kisah Benar Mayat Baca Surah Yasin Di Mekah. Adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia .


Mayat 8 bulan didapati telah duduk membaca quran.


Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la….tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.

Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.

Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah…

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.


9 ulasan :

Tinta Lana berkata...

Salam nasir.

Tergamam membacanya..

[PCL] berkata...

subhanallah..keajaiban yg ditunjukkan untuk memberi kesedaran merek yg masih hidup dgn kekuasaan Allah Ta'ala.

Boni JLL3 berkata...

InsyaAllah balasan syurga untuk beliau.... Al-fatihah buat beliau..

NAL berkata...

tak tahu nak komen apa n macam mana. Segalanya untuk pengajaran dan iktibar buat yg masih hidup.

PariPariPutih berkata...

subhanallah sesungguhnya Allah maha berkuasa...

nasir hamzah berkata...

erm.. nasir pun tak tau nak cakap aper.. moga dapat sama2 kita jadikan kisah ini iktibar buat kita.. tu jer..

deno berkata...

kuasa allah....

Tanpa Nama berkata...

ikhlas air mata ku mencurah jatuh...

Cik Syida berkata...

subahannaAllah..

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..