Ahad, 3 Jun 2012

Gambar Hantu Penanggal Yang Berjaya DiRakam, Betul ke?



Korang pernah tengok rupa hantu penanggal? kalau belum pernah tengok haa mari sini Nh nak tunjuk kat korang semua.. tapi... betul ke imej dalam gambar ni hantu penanggal ekk? biasanya kalau kita tengok dalam   filem-filem dan drama-drama.. tak kiralah dari malaysia ke thailand ke lain jer rupa hantu penanggal ni.. huhu.. dalam gambar ni lain pulak?? ermm.. entahlah susah nak dirungkaikan.. cuba korang tengok sendiri dan pastu ulaskan di ruang komen apa pendapat korang.. Tapi ingat ek perkongsian ni hanya sekadar hiburan buat korang yang memang berminat dengan alam mistik.. ingat hanya sekadar hiburan hokeh..hehe..



SEDIM – Penemuan objek menyerupai wajah manusia bersaiz sebiji buah kelapa yang berterbangan di ketinggian kira-kira 3 meter dicelah pokok di Banjaran Gunung Inas, disini jam 2.30 petang menjadi tanda tanya.
Ada dalam kalangan penduduk setempat menyatakan objek yang dirakamkan wartawan Sinar Harian itu mungkin amalan khurafat orang terdahulu bertujuan menjaga kawasan hutan sebelum diteroka.
Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad yang tinggal di Kampung Padang Tembak berkata,objek yang dirakamkan itu dipercayai tanglung atau lebih dikenali sebagai ilmu tanglung yang digunakan bagi tujuan kekebalan.
Menurutnya, ilmu itu adalah ilmu hitam yang suatu ketika dahulu dituntut terutama bagi golongan wanita.
“Bagi wanita bergungsi untuk mencantikkan diri mereka bagi lelaki ia mampu membuatkan mereka kebal dan kelihatan hebat”,katanya.
Ramli berkata, pengamal ilmu tanglung selalunya akan keluar pada waktu malam.Kepala pengamal ilmu ini akan terpisah dari badannya ketika keluar mencari makan.
“Pada waktu siang lembaga ini akan mencari katak sebagai makanan dalam hutan. Pada waktu malam ia akan merayau dan meninggalkan badannya ditempat lain.
“Pada waktu malam, lembaga ini akan terbang dan akar terjurai akan menghasilkan cahaya.Bagaimanapun lembaga ini tidak menggangu manusia.” katanya.
Ramli berkata,dia tidak menafikan kemunculan lembaga itu mungkin secara tidak sengaja kerana mereka mengetahui asal usul, memiliki keistimewaan dan perubatan tradisional Melayu mungkin dapat melihatnya.
“Bukan semua orang boleh melihat objek tanglung lebih lagi merakamkannya dalam kamera melainkan ia diseru bagi tujuan tertentu.
“Bagi mereka yang tidak mendalami ilmu kebatinan, tanglung boleh mengakibatkan mangsa menjadi demam dan berada dalam ketakutan,” katanya.
Menurutnya, ada dalam kalangan yang mendalami ilmu perubatan tradisional mampu bercakap dengan alam ghaib dan ada sesetengah makhluk jelmaan atau rasukan itu boleh mengenali mereka.
“Ilmu yang seharusnya diguna pakai ialah ilmu berlandaskan Al Quran dan minta pada ALLAH untuk memastikan segala kesulitan dan masalah dirungkaikan.
“Walaupun ilmu hitam mampu menampakkan seseorang itu hebat tetapi ia dilaknati ALLAH kerana pengamalnya bersubahat dengan jin dan syaitan.” katanya.


sumber

9 ulasan :

Dayang Deno berkata...

deno pernah tengok hantu penanggal dalam cerita penanggal di astro.. caye tak caye tak? deno tengok kul 2 pagi ngan abah... hehe... sebab abah ada, deno berani la... siap peluk abah sebab takut! tapi memang seram cerita tu... amy mastura yang jadi hantu penanggal... kalau abah tak ada deno tak berani tengok! hehe :)

NAL berkata...

habis la keturunan sapa2 yg amalkan ilmu hitam ni. NAL pernah juga nampak satu benda warna hitam sebesar manusia berterbangan keliling pokok kelapa.

Jajas berkata...

ganguan hantu n sihir ni mintak2 dijuhkan dr kita semua...jd jgn la sesukahati kita menyakiti hati org lain...bahaya...hehe

nasir hamzah berkata...

DENO: ye, nasir pun penah tengok cerita hantu penanggal tu..huhu seram gak.. amy mastura berjaya melakonkan watak tu...

nasir hamzah berkata...

NAL: yer nal minta dijauhkan dari keturunan kita dari perkara syirik tu.. wow!! nak ada pengalaman ker? seram tu..

uncle berkata...

gini ke rupanya ? orang yg amik gambar tu..tak pengsan ke..terpacul depan muka ..? uncle masa sakit dulu..pernah juga mimpi..tapi takdelah rupa gini huhuuu

red mist berkata...

pnh jumpa dulu kat utara mcm pesta. memula tgk tu ingatkan tahi intang, lama2 baru sdar pasal dekat sangat dan dia terbang boleh pusing2, ada byk.tanya jiran2, baru tau tu penanggal.haha

red mist berkata...

pernah gak jumpa masa kat utara dulu.byk cam pesta. memula ingat tahi bintang tapi fikir balik baru perasan.agak dekat dan boleh corerlagi.tahi bintang lurus jer.borak2 dgn org lau tau tu penanggal.skrg da susah jumpa..haha

Tanpa Nama berkata...

hantu nie mesti dijauhi aweeek....

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..