Apa kabar kawanku semua.. Lama rasanya Nh menyepikan diri dari mengupdate entry-entry terbaru di blog ini, Rasa malas yang menebal di dalam diri ini membuatkan Nh menjadi seorang yang mudah lupa akan tanggungjawab pada blog ini.. Ecehh.. Sebenarnya nak kata lama tak lama jugak.. Lebih kurang 5 hari kot Nh tak Update.. Jadi untuk mengelakkan blog Nh ini penuh dengan sawang yang menempel, Nh nak kongsikan pada korang pengalaman Nh berkunjung sendiri ke Restoran Adik Manja yang dikatakan penuh misteri ini..
Untuk pengetahuan korang kunjungan Nh ke Restoran ini pun secara kebetulan, kerana tempohari Nh bercuti di Kuantan Pahang.. ( sebelum ni Nh ada bagitahu kat korangkan yang Nh nak bercuti) jadi bak kata pepatah, 'Sambil menyelam sambil ler meneguk air yer.. hehe..
Untuk pengetahuan korang Nh memang tak tahu jalan menuju ke restoran misteri ni, cuma yang Nh ingat restoran ni terletak ditepi jalan gambang menghala ke bandar kuantan.. Kebetulan Nh memang lalu jalan gambang disebabkan Nh bertolak dari batu pahat..Ok dipendekkan cerita, waktu Nh sampai di Restoran adik manja ni, hari telah pun beransur petang dalam pukul 3.30 pm gituh.. Dalam keadaan kepenatan disebabkan memandu jauh dan hampir 5jam di jalan raya, Tiba-tiba badan Nh yang penat dan mata Nh yang mengantuk tadi jadi segar bugar bila terpandang singbord ''RESTORAN ADIK MANJA''.. Haaa... Nak habaq mai na..
Hah!! itu dia restoran adik manja mak!! ayat itulah yang terpacul dari mulut Nh.. Begitu teruja masa tu.. Nh pun memberhentikan kereta betul-betul di depan restoran tu.. Nh sempat snap beberapa keping gambar.. Dari pemerhatian Nh bila melihat sendiri secara live, Restoran ini memang telah pun ditinggal lama oleh pemiliknya.. kawasan sekitarnya pun tak terjaga.. banggunannya pun dah usang, Tapi itu pendapat Nh lah, lagipun masa tu Nh tengok dari dalam kereta jer.. bukan apa, segan pulak rasanya nak pergi dekat kat restoran tu.. har har har...
walaupun kelihatan banggunan tersebut masih tegap berdiri, ianya seolah-olah seperti menantikan mangsa berkunjung disitu untuk menjamu selera.. hais! seram!! bila Nh teringat kisah seorang brother yang nampak restoran ini penuh dengan pengunjung diwaktu malam, tapi bila hari dah siang rupa-rupanya restoran ni sudah lama tidak beroperasi.. tak dapat nak dibayangkan.. Masa Nh sibuk mengelamun tu, tiba-tiba Nh terkejut bila ternampak satu kelibat satu lembaga sedang melompat-lompat berlari di atas pagar restoran tersebut.. huh!! berderau darah!! kus semangat rupa-rupanya sang tupai.. alahai... sentap mak nak..huhu.. ingatkan apalah.. buat terkejut Boboy jer.. Hahah..
Nh tak lama kat restoran tu, sebab Nh dapati orang yang lalu lalang kat situ pandang Nh dengan muka yang sangat pelik! huh!! tah apa yang dorang pelik pun Nh tak tahu.. Nh bukanlah paranormal pun, cuma Nh saja nak tengok sendiri restoran tu.. bukan juga Nh nak tunjuk berani.. sebelum sampai kat restoran tu pun berulang kali Nh baca ayat kursi sambil mohon perlindungan dari-NYA.. Alhamdulillah tiada kejadian yang tak diingini berlaku.. apapun yang penting niat kitakan.. siapa sangka Nh sampai gak kat restoran tuh! ko hader? hehehh..
Erm cam tulah ceritanya.. panjang dah rasanya Nh mengomel ni.. Apakata kita tengok gambar yang sempat Nh snap, alah 3 keping ke pun bukan banyak.. ambil pun dari dalam kereta..huhu..
Kalau korang tengok dalam gambar memang nampak clear jekan.. tapi tidak sebenarnya.. restoran ni memang dah nampak usang sangat.. atau mata Nh yang rabun? Apapun korang kena ingat, Nh bukan nak menakut-nakutkan dan memburuk-burukkan nama restoran ni, seperti yang kita tahu banggunan yang telah ditinggal lama memang menjadi kesukaan makhluk halus menetap disitu.. jadi korang fikirlah sendiri yer.. Zassss...
24 ulasan :
fuyoo nmpak mcm angker...knp kedai mkn tu brenti buat bisness?
http://encikcopypaste.blogspot.com/
@ nasir komik- Itulah yang menjadi persoalannya.. jika tengok kedudukan kedai tu rasa dah strategik sebab kedainya di tepi jalan besar yang sibuk dengan kenderaan lalu lalang. Nh pun pelik dibuatnya..
Thanks komik..
oo...takut ke malu? ha2..NH malu ya..he3 punya malu sampai ambil pic dari dalam kereta aje...apapun entri menarik..saya pernah juga nak singgah tapi sampai area tu dlm pukul 3.30 pagi..so cakap kat hubby sorilah..x jadi ..x nak cari psl..
Mengarut je semua tu, Restoran ni tak de apa-apa pun. tak percaya, cuba tinggal situ semalaman, Yang penting, jangan fikir bukan-bukan masa ke situ.
TAPi kalau dari rumah dah fikir ada hantu yang menanti kat restoram tu, memanglah korang akan jumpa.
Kalau tak percaya, join aku pergi ke restoran ni, tapi janji jangan cakap,fikir apa-apa pun pasal hantu.Selamat Mencuba.
eh, seram kot. Kemana la pergi pemilik restoran ni.
@pelangi petang- Eheheh.. malu campur segan.ahah.. yeke uh kalau dh smp situ pepagi cam tu Nh pun tak singgah.. thanks atas komennya ya kak..
haaa..... NH segan ke takut ni... tak baik tipu... hehe.. tapi mmg betul nenek deno cakap, kalau sesuatu tempat tu tak berpenghuni dgn jangka masa yang lama, ada makhluk lain akan menghuni tempat tu pula.. betul eh?
p/s: xpe.. deno pun lama tak datang kat NH... soriiii... ^_^ terima kasih atas doa NH untuk deno :)
rajin NH cari bahan..terbaik, pcl akan terus mengikuti perkembangan ala2 'paranormal' tuh..tp jgn lupa tag pcl kat fb bila ada entri baru...weh kekdg terbabas!
ingtkan yg tupai tu apa la... cisss.. hahha knp dia tutup ha kedai makan tu? mesti ada cerita disebalik kan... x nak siasat ka nasir? haha
@ Amalina- huhu kalau nasir siasat dah mcm fbi pulak nanti. heheh.
nama kedai nye sweet je adik manja . hehe . NH tak nak amik alih ke restoran tuu XD
www.munviolettaxious.com
@ Nal- Entahlah Nal, katanya pemilik kedai tu tak berniaga disitu lagi.. mungkin sebab kurang laris agaknya..
@ Deno- haha.. samalah tu.. segan tu malu2 takut..ekekk..
Sama2 deno...
@ Pcl, Nh dah terlanjur lalu kat situ jd nh ambillah kesempatan singgah.. bukan dapat pi selalu pun.. Nh memang suka misteri2 ni.. tapi taklah sampai jadi paranormal gitu..hihi.. segan..
Ok Pcl terima kasih berkunjung ke blog nasir ni..
@Cik Mun- Adeh kalau Nh ambil alih nanti lingkup terus kedai tu.. sebab Nh bukan berniaga, tapi sibuk cari entiti..hehehh gurau jek..
thanks cik mun..
kalau minat nak tahu dunia entiti,joinlah Penyingkap Fakta 666, Mazidul Akmal Sidik orang kuatnya..ada link kat blog saya. memang menarik setiap tinjauannya. kat JB yg selalu diperkatakan ialah apa lagi Villa Nabila lah dan Kemayan City Mall..
klau dh lama tinggal cmtu, mmg ada laa yg menetap kt situ, huh...
Sekarang tempat nie dah ada lampu yang berwarni macam ada orang yang berniaga..bila ditgk semua.. tade orang..memang seram dan siap ada sigboard lagi yang baru tak tahu lah ada orang ke tak..
Skg da ada owner bru katenye..marina seafood..sy ada pglman mkan kt restoran ni pada 2010..tp sy x pasti samada waktu tu restoran wujud atau sbaliknye??? Sy bru je tau cter sbnar mgnai restoran ni.. wallahualam..
Kita bagi chan/can HANTU berniaga....ashik2 kita.....aja
Betoi tu
apa yg dikatan itu mmg benar belake...percyalah pada ghaib....dn ghaib itu lah dtg dari allah....
Mmg da dtukr jd marina seafood...kata org kdai ni tutup dsbbkn dgki khianat atau sihir..ermn..sy asal kuantn
boleh tutup dah entri ni.. kedai ni dah tukar owner..mcm tutup periuk nasi owner baru je..nama tempat ni marina ikan bakar a.k.a marina seafood..komen sekarang ni tengah update kat kedai ni..
Catat Ulasan