Sabtu, 30 Jun 2012

Siapakah Gerangan Makcik Misteri Di Perhentian Itu Part II

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, bertemu kembali kita di dalam dunia maya ini.. walaupun tak pernah bersua tapi dekat dihati..cehwah!


fistly NH nak ucapkan terima kasih kepada rakan2 semua dan kepada pembaca blog picisan nasir hamzah ini.. NH sangat terkejut kerana entri siapakah gerangan makcik misteri part  1 telah mendapat sambutan yang menggalakan.. tak sangka baru sehari entri ni sudah pun naik tangga kedua dalam carta popular minggu ini.. (alahai yop, carta dalam blog sendiri jek pun, tu pun nak terkejut) ahaha.. jadilah yop, dari tak masuk cartakan..huwa325x..


Oklah tanpa membuang masa mari kita baca kisah sambungan dari entri yang bertajuk



gambar hiasan


Setibanya Kak Imah dan anaknya Wani disurau, mereka berdua terus mengambil wuduk dan menunaikan solat.. ketika itu ada beberapa jamaah di dalam surau tersebut.. Keadaan disitu seperti biasa, seperti mana keadaan surau-surau di perhentian lain.. Setelah Kak Imah dan Wani selesai menunaikan solat, tiba-tiba secara tidak sengaja kak imah terpandang susuk tubuh seseorang yang dikenalinya.. kak imah terus merenung dan hatinya kuat mengatakan susuk tubuh itu adalah makcik yang baru sahaja di temuinya tadi, wajahnya dan pakaian yang dipakai serta gayanya juga sama.. ye makcik itulah yang meminta tolong kepada Wani supaya menjaga begnya ketika dia hendak ke tandas.. dan makcik itu jugalah yang berbual mesra dengannya sehingga dia terlupa yang dia hendak kesurau..


Tapi... tak mungkin!! Fikiran kak imah bercelaru... mana mungkin makcik yang ditemuinya tadi sedang makan, kini dilihatnya berada disurau, dan yang paling mengejutkan makcik itu dah pun siap menunaikan solat?? Pelbagai persoalan bermain di fikiran kak imah.. rasanya baru sepuluh minit berlalu.. tapi macam mana makcik tu boleh secepat itu berada disurau.. 


Kak imah terkedu,bilamana matanya dan makcik itu bertentangan.. akan tetapi pandangan makcik itu kepadanya hanya pandangan kosong seperti mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain sebelum ini.. seketika kemudian makcik itu beredar menuju ke cermin untuk memakai tudung sebelum meninggalkan surau dengan seorang makcik yang sama baya dengannya.. mahu sahaja kak imah menegur makcik tersebut tapi mulutnya bagai terkunci untuk berbicara..



Tiba-tiba dia tersentak apabila Wani menepuk bahunya, dan kemudian Wani berbisik.. 


''Ibu, Bukan ke tu atok yang kita jumpa tadi? pelik!! tadikan dia tengah makan, tiba-tiba je muncul kat sini?? lepas tu buat muka selamba je bila wani senyum kat dia...


Kak imah hanya mendiamkan diri.. dia sendiri masih keliru dengan apa dilihatnya... Dia terus bangun dan terus meninggalkan surau itu dengan seribu satu pertanyaan..


Setibanya di gerai makan kak imah mencari-cari makcik yang dilihatnya tadi.. tapi tiada... tergiang-giang di telinganya makcik itu berkata...


''Makcik berdua je dengan suami, kami nak ke seremban, ada majlis kenduri kawin.. singgah makan kat sini kejap..''


Sehingga sekarang Kak imah masih tertanya-tanya siapakah gerangan makcik misteri di perhentian itu?


--------------------------------------------------------------------------------

Begitulah ceritanya pengalaman misteri yang terjadi pada kakak ipar NH... NH sendiri pun masih tertanya-tanya siapa agaknya gerangan makcik tu? takkanlah pelanduk dua serupa? kalau yer pun, kenapa pakaian yang dipakai makcik tu sama dengan pakaian makcik yang satu lagi? dan macam mana pulak makcik tu boleh makan secepat itu dan solat secepat itu? huh berapa banyak itu dahhh.. huh apa yang penting sekarang ni kepala Nh dah pening semula bila pikir perkara ni.. nak makan panadol jap.. ahah...

Apapun terima kasih Nh ucapkan pada korang yang sudi membaca kisah ini sampai habis.. dari itu seperti biasa jika korang ada jawapan dari persoaalan cerita misteri ini jangan segan-segan untuk dikongsikan bersama... okeh.. last sekali jangan biarkan kehidupan korang diselubungi dengan misteri... ehehehhh...

15 ulasan :

Unknown berkata...

dari part 2 lg dh boleh agak dh..huhu. ehemm klu terkene kt diri sendiri mau meremang bulu hidung, eh silap. meremang bulu roma :P

nasir hamzah berkata...

@ leakedknowledge- aha samalah kita meremang bulu hidung.. ah2 bulu roma.. keh2..

thanks nasir komik..eheh..

Unknown berkata...

pergh!! memang sangat2 misteri kisah ni... pergh!!!!! kalau kena kat batang hidung aku, mahunya aku lari laju2 keluar daripada surau tu.

Muttallif berkata...

mister tu....mmg kalau kena, mmg tak tido mlm agaknya....hadoi.....huhuhu

caliph shuriken berkata...

misteri ada di mana2, huh...

Unknown berkata...

Hurm memang misteri... Mungkin makcik itu adalah jelmaan yg nak minta bantuan utk bagi tau sesuatu kt kakak ipar nasir tu mcm dlm citer2 misteri kat TV tu hu2 suspen jugak citer ni ok waiting for ur next entry ^^

NAL berkata...

eh, meremang la baca malam2 ni..rasa mcm berlaku kat diri sendiri lak..

Masha Meisters berkata...

alamak! cam seram pun ada jugak cerita NH ni....huhuhu

Unknown berkata...

Tahniah begitu tabah dalam keadaan seram ya.teruskan ya NH.Mohon maaf, dah jarang onlone..apapun tq kunjungan Nh ya sangat dihargai..

Unknown berkata...

makcik yg nak g mkn tu mungkin jelmaan syaitan nak suruh org tu lupa solat....

Tanpa Nama berkata...

makcik tu mungkin jelmaan syaitan nak suruh org lupa solat..

nasir hamzah berkata...

ye Sebenarnya Nh pun berpendapat begitu. sebab seperti yg kita tahu syaitan sentiasa ingin melalaikan kita dari melakukan ibadah..

thanks tanpa nama atas komennya..

Unknown berkata...

Assalam..tidak ada yg mustahil sekiranya ianya berlaku dengan izin Allah. Begitu juga dengan kehidupan saya yg telah lali hidup dgn pendamping yg ditinggalkan oleh datuk nenek saya. Menurut kata ustsz yg mengubati saya makhluk ni sudah sebati dgn diri saya sejak kecil. Teapi ianya amat menyusahkan kehidupan saya..Setiap hari tidur bertemankan dia dan saya merasa amat tidak selesa kerana sering diganggu. Hanya Allah tempat saya mengadu.

Unknown berkata...

Assalam..tidak ada yg mustahil sekiranya ianya berlaku dengan izin Allah. Begitu juga dengan kehidupan saya yg telah lali hidup dgn pendamping yg ditinggalkan oleh datuk nenek saya. Menurut kata ustsz yg mengubati saya makhluk ni sudah sebati dgn diri saya sejak kecil. Teapi ianya amat menyusahkan kehidupan saya..Setiap hari tidur bertemankan dia dan saya merasa amat tidak selesa kerana sering diganggu. Hanya Allah tempat saya mengadu.

Unknown berkata...

Assalam..tidak ada yg mustahil sekiranya ianya berlaku dengan izin Allah. Begitu juga dengan kehidupan saya yg telah lali hidup dgn pendamping yg ditinggalkan oleh datuk nenek saya. Menurut kata ustsz yg mengubati saya makhluk ni sudah sebati dgn diri saya sejak kecil. Teapi ianya amat menyusahkan kehidupan saya..Setiap hari tidur bertemankan dia dan saya merasa amat tidak selesa kerana sering diganggu. Hanya Allah tempat saya mengadu.

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..