Isnin, 23 April 2012

Seramai 61 Orang Terkena Histeria



Histeria, tentu korang semua dah biasa dengar cerita orang kena histeria ni, jika bernasib baik dapat pengalaman lihat sendiri orang yg kena rasuk depan mata korang.. tapi nh tak pernah ada pengalaman macam ni, minta dijauhkan.. huhu..


Berita dibawah ini Nh jumpa kat metro online.. ramai betul yg kena rasuk hingga pihak sekolah bagi cuti sehari bagi meredakan kes ini.. jom baca...




KUALA LANGAT : Sebuah sekolah menengah di sini, terpaksa bercuti sehari semalam, selepas lebih 60 pelajar sekolah itu mengalami histeria dalam dua kejadian berasingan dalam tempoh seminggu dengan kali terakhir, kelmarin.


Kejadian bermula apabila seorang pelajar perempuan diserang histeria pada Selasa lalu diikuti keesokannya 60 pelajar lain termasuk dua pelajar lelaki yang belajar sesi pagi dan petang sekolah berkenaan turut "dijangkiti" histeria.


Difahamkan kejadian itu berlaku mungkin berpunca daripada aktiviti pembersihan hutan kecil yang terletak kurang 100 meter di belakang sekolah.


Seorang pekerja sekolah yang mahu dikenali sebagai Ani berkata, tapak hutan terbabit milik persendirian yang dibersihkan seminggu lalu sebelum dijual kepada seorang individu bagi membina kilang dan membangunkan kawasan itu.


Katanya, sebelum ini tiada kejadian seperti itu berlaku di sekolah berkenaan sehingga kerja penebangan dan pembersihan pokok dilakukan.



Sumber : Hmetro


NH: pada siapa yg ada pengalaman pasal histeria ni bolehlah kongsi kan kat ruang komen dibawah ini yer... Nh nak tahu juga..

9 ulasan :

susulemakmanis berkata...

grrrrrrrr.takutttt

etuza berkata...

kadang2 lemah semangat, penyebab mudah kena.Harus kuat dan berpegang teguh dengan kalimah Allah. Di dunia dah dibagi tahu bahawa diciftakan manusia dan jin.Wallahualam..hati2 kita semua ya

Muttallif berkata...

Pernah berlaku dekat sebuah sekolah berhampiran tempat kerja saya. Hampir 20 lebih orang histeria sekali gus, termasuk bapak2 budak yang hendak ambik anak balik sekolah.

Sis AI berkata...

Hmm.. Tak pernah tgk live histeria ni. Ktanya boleh jangkit kan? Tp msti mnakutkn kan.. Ada ustaz pun ckp psl lemah smangat.. Hmm, mintak jauh sgt2 la psl smua ni.. Apapun, sbb diorg tebang pokok smua la tu.. Musnahkn kdiaman 'makhluk' lain..

Bahrain berkata...

ada orang bagi petua..
kalo ada orang kena histeria..
senang aja
ko biarkan aja..nak bersilat , meracau ke apa..
agak2x kalo tiba2x dia nak lompat tinggi contoh lompat dari tingkat 4, cepat2x la ambik dia pastu ko selimutkan dia..ko tggu je dia tu sampai dia lemah...renjiskan sikit air...

Opai berkata...

menarik. 60 orang.. tu.. ^..^

Boni JLL3 berkata...

tempat saya belajar dulu pun lebih kurang macam ni..selalu sangat kena histeria sampaikan dah macam lali

NAL berkata...

ramai betul..masa saya pergi kem kat satu pulau ni, just 3 orang je kena histeria..tu la pengalaman pertama ketika di tingkatan 3.

Tanpa Nama berkata...

Takutnya...

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..