Selasa, 17 April 2012

Suasana Di Hari Pembalasan


I - KEADAAN-KEADAAN HARI MAHSYAR 


1. Manusia semuanya berkumpul dengan berkaki ayam dan bertelanjang.

Syaikhati daripada ‘Aisyah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:


Manusia pada hari mahsyar akan dikumpulkan dengan berkaki ayam dan bertelanjangan tanpa secebis pakaian (bertelanjang bulat), maka ‘Aisyah berkata: “Aku bertanya, lelaki dan perempuan semuanya dapat melihat (kemaluan) setengah mereka kepada setengah yang lain?” Sabda Rasulullah s.a.w: “Perkara yang amat dahsyat ketika itu menjadikan mereka tidak mementingkan perkara itu.”


2. Matahari menghampiri kepala-kepala makhluk.


Diriwayatkan oleh Muslim daripada al-Muqdam r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

Matahari akan menghampiri makhluk pada hari kiamat sehingga jadilah mereka yang jaraknya (dengan matahari) pada kadar satu batu. Maka adalah manusia pada ketika itu di dalam peluh mengikut kadar amalan mereka, maka sebahagian daripada mereka sampai kepada buku lali, dan daripada mereka ada yang sampai kepada betis, dan ada juga sebahagiandaripada mereka  sampai ke pusat, dan kedapatan juga daripada mereka yang ditenggelami oleh peluh keseluruhannya, dan Rasulullah s.a.w telah menunjukkan kepada mulutnya.

3. Bumi menjadi saksi kepada hamba di atas segala amalan yang telah

dilakukannya.



Diriwayatkan daripada Ibnu Hibban di dalam sahihnya daripada Abi Hurairah berkata: Rasulul s.a.w telah membaca ayat ini:


“Pada hari itu bumi menceritakan beritanya.”

Kemudian baginda bersabda:

“Apakah kamu mengetahui apakah beritanya?” Para sahabat berkata: “Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui.” Maka sabda Rasulullah s.a.w: “Maka sesungguhnya beritanya itu ialah penyaksian ke atas setiap hamba lelaki dan hamba perempuan dengan apa yang telah dikerjakannya di atas muka bumi, (iaitu daripada kebaikan dan kejahatan) ia berkata: Amalan begini dan begini...”

4. Tempat, di mana seseorang itu tidak akan mengingati lagi seseorang yang lain. 

Riwayat Abu Daud dan Hakim daripada ‘Aisyah r.a berkata:

“Aku mengingati neraka kemudian aku menangis, maka bertanya Rasulullah s.a.w: “Apakah yang menyebabkan engkau menangis?” Aku berkata: “Aku mengingati neraka lalu aku menangis, maka adakah kamu akan mengingati ahli kamu pada hari kiamat?” Maka sabda Baginda: “Adapun pada tiga tempat, maka tiada seseorang pun yang akan mengingati seseorang yang lain.

PertamaKetika di sisi timbangan sehinggalah diketahui apakah timbangannya itu ringan atau berat?

Keduanya: Ketika buku catatan (suhuf) itu berterbangan mencari

tuannya. Sehinggalah diketahui di manakah jatuhnya buku catatan tersebut, sama ada di kanan, di kiri atau di belakangnya?



Ketiga: Di sisi titian sirat. Apabila telah diletakkan di antara dua tebing

neraka jahanam, sehinggalah ia telah dapat menyeberanginya dengan selamat.



5. Penyaksian anggota terhadap apa yang telah di kerjakan oleh setiap

hamba-Nya.



Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata:

Adalah kami di sisi Rasulullah s.a.w, kemudian baginda ketawa lalu bersabda:

“Adakah kamu mengetahui tentang apakah yang telah berlaku aku ketawakan tadi?” Kami berkata: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Tentang perbicaraan hamba dengan Tuhan-Nya. Maka kata hamba: “Wahai Tuhan, apakah engkau tidak akan menyelamatkanku daripada kezaliman?” Allah berfirman: “Bahkan!” Maka berkata pula hamba:

“Sesungguhnya aku tidak akan membiarkan pada hari ini seseorang pun menjadi saksi ke atas diriku kecuali diriku sendiri.” Maka firman Allah kepadanya: “Cukuplah dengan diri engkau pada hari ini sebagai saksi dan Kiraman Klatibin akan menyaksikannya.” Kemudian sabda Rasulullah s.a.w. “Maka lalu di kuncilah mulutnya (hamba), dan dikatakanlah kepada anggota- anggotanya “Bercakaplah,” lalu anggota-anggota itupun menceritakanlah segala amalan yang dilakukan oleh tuannya, kemudian di biarkan hamba itu pula bercakap, maka katanya:



“Celakalah kamu semua (anggota), padahal aku telah berjuang untuk mempertahankan kamu (semasa hidup di dunia).”

Ini semua telah dijejaskan dalam surah Yasin:65

“Pada hari ini Kami tutup mulut mereka dan bercakaplah kepala, tangan mereka dengan kami mereka menaik saksi atas apa yang mereka lakukan.”

II - KEADAAN-KEADAAN AHLI NERAKA

1. Neraka jahanam yang hitam gelap.

Tarmizi, Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayat kan daripada Abu Hurairah, daripada Nabi s.a.w bersabda:

“Api neraka telah dinyalakân selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun lagi sehingga hitam gelap, bagaikan malam yang gelap kelam.

2. Apa yang berlaku di lembah jahanam.

Ibnu Majah, dan Tarmizi dan Tabrani me riwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a daripada Nabi s.a.w bahawasanya Baginda bersabda: “Sesungguhnya di dalam neraka jahanam itu suatu lembah yang mana neraka jahanam meminta perlindungan daripada lembah tersebut sebanyak

400 kali, yang disediakan untuk mereka yang sentiasa membantah daripada umat Nabi Muhammad s.a.w.”



3. Bagaimana dalamnya dasar jahanam.

Muslim meriwayatkan daripada Khalid ibnu Umair berkata: telah berkhutbah ‘Utbah bin Ghazwan r.a, maka ia berkata:

“Sesungguhnya telah diceritakan kepada kami bahawasanya seketul batu telah dicampakkan dan pada tebing neraka jahanam, maka ia telah menenggelami ke dalamnya selama 70 tahun baharulah sampai kepada dasarnya, demi Allah ia akan dipenuhi Apakah kamu tidak takjub?”

4. Barang Yang ditempa oleh ahli neraka.

Ahmad, Abu Ya’Ja dan Hakim meriwayatkan daripada Nabj s.a.w bersabda:

“Kalaulah sekiranya ditempa daripada sedikit besi neraka jahanam lalu diletakkan di atas bumi, maka berkumpullah sekelian manusia dan jin untuk memindahkannya akan tetapi ianya tidak akan mampu untuk dipindahkan.”

5. Buruknya rupa ahli neraka:

Ibnu Abi Dunya meniwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amru r.a. berkata:

“Kalaulah sekiranya seseorang lelaki daripada ahli neraka dikeluarkan ke dunia maka matilah penduduk dunia lantaran pemandangannya yang menggerunkan, dan baunya amat busuk.”

Kemudian Abdullah menangis dengan tangisan yang kuat sekali.



6. Minuman ahli neraka:

Ahmad, Tarmizi dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abi Umamah r.a. daripada Nabi s.a.w dalam menjelaskan firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dia akan diberi minum dengan air nanah, di minumnya air nanah itu.”(Ibrahim: 16-17)

Sabda Baginda:

“Akan dihampirkan kepada mulutnya, maka apabila sudah dekat kepadanya maka hanguslah mukanya, dan apabila diletakkan di hadapannya maka tanggalkan kulit kepalanya, maka apabila ia telah meminumnya maka putuslah tali perutnya sehinggalah keluar daripada duburnya.

Firman Allah:

“Dan diberi air yang mendidih sehingga memotong-motong usus mereka (taliperut).” (Muhammad: 15)

dan firman-Nya

“Dan jika mereka meminta minum nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk.” (al-Kahfi 29)

7. Makanan ahli neraka.

Tarmizi, Nasa’i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawasanya Nabi s.a.w telah membaca ayat ini:

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepadanya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan kamu beragama Islam.” (Ali-Imran: 102)

Maka sabda Rasulullah s.a.w.:

“Kalaulah sekiranya setitik biji zakum itu menitis ke atas permukaan bumi ini nescaya akan binasalah kehidupan penduduk dunia, maka bagai manakah pula bagi sesiapa yang menjadikannya sebagai makanan?”



8. Besarnya ahli neraka:

Ibnu Majah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w bahawa ia bersabda:

“Sesungguhnya orang kafir (di neraka itu) begitu besar sekali sehinggakan giginya pun sebagai mana besarnya Bukit Uhud dan begitulah besarnya badannya pula ke atas giginya sebagaimana besarnya tubuh seseorang kamu daripada giginya.

9. Tangisan ahli neraka:

Ibnu Majah dan Abu Ya’la meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a berkata: Sabda Rasulullah s.a.w:

“Akan berterusanlah tangisan ahli neraka itu, maka mereka akan menangis sehingga keringlah air mata, kemudian mereka akan menangis dengan tangisan darah pula sehingga muka-muka mereka menjadi sebagaimana parit-parit, kalaulah sekiranya dilayarkan kepadanya perahu-perahu maka akan hanyut.

III - KEADAAN-KEADAAN AHLI SYURGA



1. Cukuplah mereka dengan penuh kebanggaan dan kemuliaan.

Di mana Allah s.w.t telah menyediakan kepada mereka di dalam syurga daripada perkara-perkara yang mata tidak pernah memandangnya, telinga juga tidak pernah mendengar bahkan hati manusia tidak pernah terlintas (terbayangkannya).


Syaikhan dan selain keduanya meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Aku (Allah s.w.t) telah menyediakan bagi hamba-hambaku yang salih perkara-perkara yang tidak pernah dipandang oleh mata, dan tidak pernah telinga mendengarnya dan tidak pernah terlintas oleh hati manusia, dan bacalah kalau kamu mahu firman Allah s.w.t”:

“Sesungguhnya tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka (iaitu bermacam macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (Al-Sajdah: 17)

2. Cukuplah mereka dengan ketinggian dan kemuliaan yang berkekalan

di dalamnya selama lamanya, 



Mereka tidak akan terkena penyakit, tidak juga menjadi tua dan tiada sebarang tegahan (sekatan).

Muslim dan Tarmizi meriwayatkan daripada Abi Sa’id al-Khudri r.a berkata: Sabda Rasulullah s.a.w

“Apabila ahli syurga masuk dalam syurga maka kedengaranlah seruan daripada penyeru: Sesungguhnya bagi kamu akan sentiasa sihat dan kamu tidak akan sakit selama-lamanya, bagi kamu akan sentiasa hidup maka kamu tidak akan mati selama-lamanya, bagi kamu akan sentiasa muda maka kamu tidak akan tua buat selama-lamanya dan bagi kamu akan sentiasa mendapat nikmat kemewahan, maka kamu tidak akan ditimpa kemiskinan (kesusahan) selama-lamanya.”

Begitulah firman Allah azza wajalla:

“Dan diserukan kepada mereka, ‘itulah syurga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang kamu kerjakan dahulu.” (Al-A’raf: 43)



3. Cukuplah mereka daripada sebarang keinginan (iri hati) dan kenikmatan-kenikmatan bagi mereka.

Tiada sesuatu yang diberikan amat disukai dan dikasihi oleh mereka selain daripada memandang kepada wajah Allah yang mulia.

Muslim, Tarmizi dan Nasa’i meriwayatkan daripada Suhib r.a berkata: Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila ahli syurga masuk ke dalam syurga maka berfirmanlah Allah azza wajalla: Kamu hendak sesuatu maka aku akan tambahkan kepada karnu?” Maka mereka berkata: “Apakah tidak putih (bercahaya) muka-muka kami? Apakah kami tidak masuk syurga? Apakah kami tidak berjaya (lepas) daripada neraka?” Dikatakan: “Maka bukalah (singkaplah) hijab, maka tidak suatu perkara yang diberikan paling disukai oleh mereka selain daripada memandang kepada Tuhan mereka, kemudian bacalah firman Allah s.w.t ini.

“Bagi orang-orang yang membuat baik ada pahala yang terbaik dan tambahannya.” (Yunus: 26)

Wallahu'alam....

sumber dari Hasnul Hadi Ahmad

NH : YA ALLAH ampunilah dosa-dosa hambamu ini, jauhkanlah hamba dari segala kesesatan serta lindungilah hamba dari siksa api neraka, Amin ya Rabbal alamin...

4 ulasan :

Sis AI berkata...

Ya Allah.. Tkut sgt bca bab neraka.. Mudah2han kita sntiasa djauhkn. Perkongsian yg sgt baik dan mengingatkn sy.

Boni JLL3 berkata...

semoga kita akan menjauhi perkara yang ditegah olehNya. Dan semoga kita berusaha menjadi yang lebih baik dari sebelum ini..

NAL berkata...

semoga kita menurut segala suruhanNYA..berusahalah untuk menjadi lebih baik.

Nuzul Haziq berkata...

Ya Allah,jauhilkah kami dari seksaan api neraka-Mu dan dekatkanlah nikmat syurga-Mu kepada kami..

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..