Rabu, 11 April 2012

Amaran Tsunami 11 April 2012 Di Tarik balik


Amaran Tsunami telah pun ditarik balik dan malaysia selamat dari ancaman Tsunami, syukurlah, aku yg duk risau pun dah rasa lega sikit. tak tergambar rasanya tragedi yg pernah menimpa Aceh dan beberapa negara termasuk Malaysia dan ramai mangsa yg terkorban.. marilah kita sama-sama berdoa agar dijauhkan segala musibah.. amin

Mari baca sumber dibawah ini

Amaran tsunami 11 April 2012 yang dikeluarkan di sekitar Lautan Hindi ditarik balik beberapa jam selepas dua gempa bumi kuat menggegarkan perairan barat Indonesia. Oleh itu, Malaysia terselamat dari ancaman tsunami.
Gempa bumi berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan cemas petang tadi.Penduduk di kawasan bandar persisiran pantai menyelamatkan diri ke tempat tinggi dengan menaiki kereta dan menunggang motosikal.
Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menarik balik pemantauan tsunami bagi kebanyakan kawasan di Lautan Hindi beberapa jam selepas gempa bumi pertama.
Bagaimanapun amaran tsunami masih dikekalkan di Indonesia, India, Maldives, Sri Lanka dan Kepulauan Diego Garcia.
Kemusnahan besar atau ombak tsunami tidak dilaporkan setakat ini. -

Sumber: MELVISTER

Tiada ulasan :

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..