Isnin, 30 April 2012

SERAM : Jelmaan Hantu Tanpa Kepala Di Tepi Jalan



gambar hiasan


Ada dalam kalangan kita menolak kewujudan alam misteri dan mistik. Tidak kurang yang menyatakan ia hanya tahyul dan tidak seharusnya dipercayai. Bagi penduduk Terap Daerah Kulim Kedah, penemuan mayat tiga beradik tanpa kepala beberapa tahun lalu, meninggalkan kesan kepada mereka apabila jelmaan hantu lembaga tanpa kepala sering ditemui berdiri di tepi jalan apabila menjelang waktu tengah malam terutama ketika waktu hujan.



Ada juga penduduk kampung yang pernah melihat lembaga itu pada waktu pagi, terutama yang bekerja di ladang getah. Seorang Penoreh Getah, En. Abu Hassan Ismail yang tinggal di Terap sejak 54 tahun lalu berkata, hanya mereka yang pernah bertemu dengan lembaga hantu itu sahaja akan mempercayai kewujudannya. Menurutnya, sehingga kini, ramai penduduk sudah melihat sendiri dan ada antara mereka yang sampai demam kerana terkejut.
“Sekitar tahun 2007 dan 2008, penduduk kawasan ini digemparkan dengan penemuan mayat tiga beradik tanpa kepala di dalam kawasan ladang getah. Mereka dipercayai dibunuh di tempat lain dan mayat mereka dibuang disini.”
“Selepas kejadian itu berlaku, ada penduduk kampung, terutama penoreh getah yang keluar bekerja seawal jam 4 pagi, ternampak lembaga tanpa kepala berdiri di tepi pagar kawasan ladang atau di tepi jalan. Sejak itu laluan dari Terap ke Sungai Tengas dikatakan berpuaka” kata En.Abu Hassan.
Sementara itu, seorang penggemar burung yang sering masuk ke kawasan hutan berdekatan berkata, dia turut menemui lembaga itu kira-kira jam 12 tengah hari. Ketika sedang leka mengunggu, dengan tiba-tiba burung yang dijadikan umpan bertukar menjadi liar.
Sedang dalam kehairanan itu, dia merasa seram sejuk dan seakan ada orang sedang memerhati. Apabila dia menoleh ke belakang, lembaga hantu tidak berkepala itu telah ada di belakangnya.
Selain itu, kawasan misteri berkenaan juga sering berlaku kemalangan. Penunggang motosikal, pemandu kereta, bahkan pemandu lori treler juga dilaporkan sering terbabas kerana cuba mengelak daripada lembaga tidak berkepala yang sedang melintas jalan.
Anggota-anggota polis dari Pondok Polis Terap yang sering membuat rondaan juga menyatakan yang kawasan berkenaan amat menyeramkan terutama apabila tiba di puncak bukit.
Sumber dari kedah2u dan wootmedia

9 ulasan :

Sis AI berkata...

Ish, seram gila.. Yela, dh smpai mati tnpa kpala.. Ksian mayat tu.. Sy agk prcaya dgn hantu takde kpala ni. Ok, yela, syaitan boleh mnyerupai mcm2 kan.. Brrr..

deno berkata...

erk! seramnye... takut betul kalau cerita pasal hantu nie.. dah la tido sorang2... seram!

sis92 berkata...

haiyakkk seram den baca..tak dapat bayangkan huhu :(

Muttallif berkata...

Adess....rasa seram pulak dengan perkara mcm tu...boleh naik darah tu..

nasir hamzah berkata...

hehe jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri yop..hehehah

etuza berkata...

kuatkan keyakinan, pasti dijauhi dari sirik kan nasir.

nasir hamzah berkata...

ye etuza, kuatkan semangat...

Tinta Lana berkata...

Salam..

okep, yg ni agk menakutkan,huhu.

Terbayang2 jugak, lau terkena pada diri sndiri..cuba pi kebun gotah tu ha, sorg diri.. tetiba kat belakang, si tanpa kepala, tiga2 berdiri, siap buat tabik hormat..tpi tak da kepala..huaaaaaa, pengsan 10thn camni,huk3

caliph shuriken berkata...

dulu adik sy suka lepak tepi padang tgh2 mlm.. bole laa nmpak antu jpun tgh berkawat, huh...

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..