Selasa, 10 April 2012

Koleksi Pinggan Lama Berusia 100 Tahun


Salam sejahtera buat rakan-rakan semua.. hari ini aku nak kongsikan koleksi pinggan yg telah berusia lebih 100 tahun kepunyaan turun temurun dari keluarga belah arwah abah aku, Entry ini  juga dibuat atas permintaan kakak aku yg hobinya mengumpul pinggan-pinggan lama, jadi untuk tidak menghampakannya mari sama-sama kita lihat..


Walaupun pinggan lama, akan tetapi ianya masih nampak cantik lagi, pemilik asal pinggan ini adalah dari moyang aku yg bernama Almarhummah Hajah Mahwa..



Setelah moyang aku meniggal dunia pinggan ini diserahkan pula kepada nenek aku yg bernama almarhummah hajah khatijah..


Setelah itu, pinggan ini diserahkan kepada makcik saudara aku, kemudian dihadiahkan beberapa pinggan ini kepada akak aku sebagai koleksinya peribadinya..


Pinggan hidang ini usianya dalam lingkungan 50tahun, dibeli oleh emak aku di muar johor, semasa hendak menetap di kota tinggi.


Yang ini dihadiahkan oleh makcik saudara aku kepada akak aku


Teko ini pula tidak dapat dikenal pasti berapa usianya, dihadiahkan oleh tauke berbangsa cina kepada akak aku dan dibayar dengan harga rm40.. huhu belilah tu..

Itu sahaja perkongsian pinggan-pinggan lama untuk tatapan korang semua, terima kasih diucapkan pada korang semua.. 

AL-FATIHAH buat Almarhumah hajah mahwa dan hajah khadijah

Dah baca jangan lupa like ok.. hehe..

4 ulasan :

sis92 berkata...

wah lamanya..ibu sis pun simpan pinggan2 lama arwah nenek punya..org perempuan mmg suka pinggan2 ni..
hukhuk

Nana berkata...

bagus2...simpan..ni nilai estatika dia sgt tggi..

nasir hamzah berkata...

sis - a.ah sis kira pinggan pusaka juga lah. kakak yg suka sangat kumpul pinggan lama.orang perempuan memang macam tu eh sis .

nasir hamzah berkata...

nana - tulah barang lama nilai tinggi.. kalau dah tinggi sangat boleh jual.hehe

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..