Khamis, 12 April 2012

Perkembangan Terbaru Si Comel

Assalamualaikum

semoga korang semua sihat hendaknya..

Entry ini khas buat korang yg mengikuti kisah Kucing Kesayangan aku yg bernama Si Comel.. Pada yg terlepas  tu korang boleh baca disini KISAH KUCING YG BERNAMA COMEL

Mulanya aku tak terfikir nak update kisah si comel, tapi atas permintaan seorang rakan  blogger yg bernama adik DAYANG DENO, ( Jangan lupa kasi terjah blog adik deno hokeh ) aku pun update lah kisah si comel ni.. 

Ok untuk penggetahuan korang si comel sekarang berada di dalam jagaan akak aku di Batu Pahat, Johor. sebab apa dia disana? kebetulan masa tu kami pergi Batu Pahat. memandangkan comel tak ada sapa nak jaga kami pun bawalah comel sekali.. sepanjang perjalanan comel tidur je, mungkin penat kot..

Sebenarnya kami tak rancang pun nak tinggalkan comel kat batu pahat..Tapi akak aku tahan supaya comel tinggal dirumahnya, Kebetulan pula ada ibu kucing yg baru melahirkan anak, jadi bolehkah comel tumpang menyusu kat ibu tu dan jadikan ibu kucing tu sebagai ibu angkatnya.. huhu, Dah dua ibu angkat comel..

Dah 5hari comel kat sana, 2hari lepas aku call tanya macam mana keadaan comel, Alhamdulillah comel dah boleh berjalan dengan jayanya.. syukur, rasa tak sabar nak ambil comel balik.. Rindu benor kami pada comel, dan Akak aku pun hantarlah 3 MMS kepada aku bagi melepaskan rindu dan untuk aku updatekan kisah si comel kat blog.. jom kita layan gambar Terbaru si comel..


Gambar terkini comel, Berkat doa korang semua, nampaknya comel betul-betul dah boleh berdiri.. syukurlah.. comel dah boleh berjalan dengan normal..


Comel dengan ibu angkat barunya.. yg mana satu comel ni?, dah sama je bulu dia dengan yg lain.. 


Gambar comel dengan adik beradik angkatnya, kat rumah akak aku ni lagi banyak kucing dia bela, angaran ada 20 ekor lebih kurang, yang menjaga kucing-kucing ni anak saudara aku yg bernama Amir.. Amir ni memang pencinta binatang, hamster pun dia bela.. ha.. ha.. nak berkenalan ler tuh.. hahaa...


Yg ni pula gambar ibu kelabu, ibu angkat sicomel yg menjaga comel dari kecil.. ada berita sedih sebenarnya,  Kelabu dengan anak-anak dia telah diambil oleh seorang pakcik, merayu-rayu pakcik tu nakkan mereka ni, aku yg keberatan terpaksa juga serahkan pada pakcik tu.. mana tahu hidupnya lebih terjamin setelah dijaga oleh penjaga barunya.. hajat aku nak temukan comel dengan keluarga angkat dia tak kesampaian.. emmm... Takpelah comel yg penting comel cepat sembuh yer sayang...

itu jelah yg dapat aku update info terbaru tentang comel, InsyaAllah aku akan update lagi perkembangan terbaru comel pada entry akan datang, korang jangan boring yer.. hehe.. 

NH : terima kasih kepada korang yg selalu berkunjung ke blog aku yg masih baru ni..


6 ulasan :

sis92 berkata...

amboi2 suka lah comel tu ada ibu angkat baru , family baru pulak dah..

hehe entah2 comel dah tk nak balik rumah NH kihkih :D

nasir hamzah berkata...

tulah sis, rezeki comel agaknya.. dah dua ibu angkat dia.. huhu.. mana boleh taknak balik, nanti nh demam rindu pulak kat comel.. hehe..

Tyntha Lana berkata...

Assalammualaikum.

Banyoknye kakak bela kucen, sampai dkt 20 ekor? hehehe.

Lana tak pernh bela..walaupn tingin sebenonya..mak kita tak kasi,huhuhu. Masa duk kat umah lama, sempatla menumpang kasih ngan kucen jiran sblh umah.hehe

nasir hamzah berkata...

a.ah.. kucing kat rumah akak nh tu memang penuh, datang pun dari baka yg sama, turun temurun.. yeker lana, bela lah sekor dapat gak wat hibur2kan hati.. hehe

deno berkata...

alhamdulillah... dah makin sihat comel! deno risau hari tu comel sakit sebab anak kucing biasanya kalau sakit susah nak sembuh.. dulu kucing deno nama ALvin mati sebab sakit.. dia cirit birit, bagi ubat pun x sembuh...

sebab tu lah kalau tahu ada kucing sakit, risau sangat.. lega deno Comel dah sihat balik... siap dapat ibu angkat lagi! beruntung Comel! hehe..

Comel deno dah sihat sepenuhnya! tak boleh duduk diam, asyik melompat-lompat. memang seronok tengok kucing yang kita sayang sihat kan? terima kasih ya sebab update pasal Comel... :)

p?s :deno tak boleh bw sebab line slow.. bila dah okey deno datang balik sini ya... (^_^)

nasir hamzah berkata...

ye deno memang gembira melihat sicomel dah sembuh.. apapun doa dari deno dan kawan2 jugak.. sebenarnya memang dah risau gak tengok keadaan comel tu sakit, macam tak ada harapan je.. tapi syukurlah kan.. terima kasih deno..

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..