Isnin, 16 April 2012

Pemain Bola Sepak Mati Ketika Beraksi


LIVORNO ( Itali ): Pemain Livorno yang beraksi dalam Serie B, Piermario Morosini meninggal dunia akibat serangan jantung ketika perlawanan menentang Pescara.
Morosini rebah secara tiba-tiba pada minit ke-31 dan bangun semula, namun seperti keliru sebelum rebah sekali lagi menyebabkan pasukan perubatan tangkas masuk memberikan rawatan sebelum beliau dibawa ke hospital.
“Kami cuba sedaya upaya menyelamatkannya tetapi dia tetap tidak sedar biarpun sudah dibawa ke hospital,” kata Pakar Perubatan, Leonardo Paloscia.
Jawatankuasa Olimpik Itali (CONI) mengesahkan Morosini mengalami kegagalan jantung dan semua acara sukan bertafakur selama seminit bagi menghormati kematiannya.
Malahan, perlawanan antara AC Milan dan Genoa serta semua perlawanan Serie A dan Serie B turut ditunda bagi menghormati pemergian pemain berusia 25 tahun itu.
Berita kematian Morosini itu hadir hanya beberapa minggu selepas pemain tengah Bolton, Fabrice Muamba mengalami masalah sama pada perlawanan Piala FA namun dapat diselamatkan oleh pihak perubatan. – REUTERS


Sumber DISINI

NH : kematian tak kira dimana kita berada, ianya datang tanpa dijemput..

3 ulasan :

PCL berkata...

yg cergas bersukan pn mati kena serangan jantung..kita ni duk dpn lappy je...haduyai., bila nak mula bersenam nih...ajal maut di tangan Tuhan.

nasir hamzah berkata...

a.ah ek Pcl.. yelah dh sampai ajal dia. boleh je pcl kalo nak besenam, masa tengah beblog tu buka youtube vd arobix jap.pastu kita senam le kejap.. haa pastu terus tidoq..hehe.

adarain berkata...

ajal2x boleh berlaku bila2x masa jer..
Kuasa ALLAH S.W.T.
kena sentiasa beringat.

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..