Khamis, 19 April 2012

Adakah Misteri Vila Nabila Telah Terungkai?

Ok pada entry yg lepas Nh telah kongsikan tentang Misteri Banglo hilang yg masih lagi menjadi misteri..  Tapi pada kali ini Nh nak kongsi pula tentang Misteri sebuah Banglo yg diberi nama Vila Nabila yg terletak dikawasan lereng bukit berdekatan Danga Bay di johor Bahru.. memang banyak port misteri dalam negeri johor ni masih lagi terus menjadi misteri sehingga kini...



Dah lama Nh cari info vila nabila ni cuma Nh tak buat keputusan lagi untuk pergi ke sana, Tapi mungkin taklah, sebab dengar cerita Vila Nabila telah pun dirobohkan... seperti Kisah Banglo hilang tu, kisah Vila ini pun banyak versinya.. jadi mari kita baca versi-versi kisah Misteri disebalik Vila nabila ini...



Versi 1 : Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.


Versi 2 : Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.



Versi 3 :  Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.


Versi 4 : Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.



Versi 5 : Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.



Apa macam dah baca versi-versi diatas? Nh pun pening lalat dibuatnya.. mana satu versi yg betul-betul sah tentang Vila nabila ini, Tapi Nh Rasa Versi ke 6 dibawah ini adalah versi yg boleh masuk dek akal, Tapi tak tahu lah pada korang macam mana.. Ok cer baca...


Versi 6 A.K.A versi terakhir : Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut..


Begitulah kisah Vila Nabila yg dikatakan misteri ini.. ramai juga group yg pergi ke vila ini untuk merasai sendiri kemisterian vila nabila, ada juga gangguan-gangguan aneh yg dorang alami, ada yg pergi berempat, tiba di vila  jadi lima orang, ada yg pergi berlapan tiba disana jadi sembilan.. sapa pula yg ke 9 tu yek?? huhu seram.. mereka yg bawa kenderaan kesana, tiba-tiba enjin tak boleh dihidupkan.. ada juga diganggu dengan bunyi ketukan bertalu-talu di bumbung kereta yg dibawa.. entahlah tak dapat nak dipastikan...


Ok sekarang  korang boleh tonton video dibawah ini, video yg diambil satu group yg berkunjung ke Vila Nabila...





Tapi pada Nh misteri vila ini terlah pun terungkai dan berakhir kerana menurut sumber yg diketahui Vila ini telah dirobohkan.. tapi ada juga yg kata vila ini masih tersergam di lereng bukit tersebut.. mana satu yg betul tak tahulah, Nh nak pergi tengok sendiri bimbang kena ngurat pulak, huhu sapa yg nak ngurat tu?? paham-paham sendirilah yer.. hik10x....


sumber versi : disini sumber video : disini

Nh : maaf jika entry kali ni panjang berjela, Nh juga tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. apapun segala kisah misteri yg Nh paparkan ini anggaplah sekadar hiburan semata-mata... 

35 ulasan :

Unknown berkata...

bestttttttt entry nie

Admin berkata...

Assalamualaikum.....

Mempercayai cerita sedemikian pada fikiran saya bukanlah sesuatu yang khurafat, asalkan ia dipercayai dengan fakta-fakta sahih, yang menyokong cerita berkenaan. Syaitan dan jin wujud lebih lama dari manusia, malah makhluk berkenaan dikatakan berada di muka bumi terlebih dahulu sebelum manusia.

Rumah atau sesuatu kawasan yang telah lama ditinggalkan sememangnya akan didiami oleh "makhluk halus" iaitu golongan syaitan dan jin.

Apa yang saya katakan ini bukanlah semata-mata dari pembacaan buku ataupun mendengar ceramah agama sahaja, ia adalah juga menjadi pengalaman saya sendiri pertama kali duduk di rumah sewa pakcik saya yang telah beberapa tahun kosong dan juga semasa pertama kali pindah kedai di tingkat 4, Kompleks Hang Tuah, Melaka. Macam-macam gangguan ada, namun saya selaku manusia yang lemah hanya berharap dan berlindung pada Allah SWT dari sebarang gangguan makhluk yang nyata mahupun ghaib. Alhamdulilah kini saya bolehlah dikatakan melepasi "sesi suai kenal" itu... (walaupun "seram-seram kucing" tu masih ada....)

nasir hamzah berkata...

bella : memang best tapi pada yg minat dengan cerita seram jelah.. hehe..

Ahmad zaki: memang benar apa yg awak katakan, mereka yg pernah mengalami sahaja yg mungkin faham atas situasi yg dialaminya.. apapun saya setuju sangat pendapat awak..

thanks...

Sis AI berkata...

Perghh.. Meresap dlm hati crite ni.. Taktau pulak pasal ni. Smua dtail ni blog bro la sy dpt. Apapun, sy rsa ada kena ngena la dgn Nabila. Kta pun ada nama dia, ye tak. Jdi kaya ni byk dugaan dia.. Klu tak kuat, susah la bila jdi apa2..

nasir hamzah berkata...

SIS AI yeker? hehe thanks sis, kita ingat kalau dah kaya senang ek, tapi susah gak macam dugaan kena terima, baik sederhana macam ni dah ok dah..

teringin gak nak jadi kaya, fikir2 balik kaya budi bahasa pun dah kira okeh..hehehh

PCL berkata...

begitulah nasib villa2 yg ditinggalkan oleh pemiliknya...menyeramkan, tp kan kat Banting ni ada sebuah villa...iaitu villakejora, kediaman pcl....masih baru lg, tiada misteri !!

nasir hamzah berkata...

jom kita terjah vila Pcl, huhuhuk.

Tinta Lana berkata...

Assalammualaikum nasir..

Lana suka baca komen saudara Ahmad Zaki tu. Ada pengisian disitu.

Dan,untuk nasir, bagus sebab sekurg2nya tingglkn footnote kat bawah tu. Memang itulah sebaik2 kaedah supaya yg membaca tak terus menerima bulat2 apa yg dibaca.. :)

Good one nas :)

Unknown berkata...

Seram ..baru tengok pun dan seram..

nasir hamzah berkata...

hehe, thanks etuza..

AMALINA YAAKUB berkata...

berani baca cerita2 macam2 ni pagi2 mcm ni ja malam2 memang tak ar... kuikuikui

nasir hamzah berkata...

huhu sesekali baca lah malam2 amalina, barulah dapat rasa keseramannya.heheh.

suria lekatlekit berkata...

rumah yg tgglkan lama memang la akan di huni makhluk lain jd x pelik la kalau ada makhluk lain berumahtangga kat situ

Razf berkata...

rasa mcm pernah nampak rumah ni dr tepi jalan, mmg ade dengar gak tp kebenarannya wallahualam...

Unknown berkata...

saya pun ad dengar crite pasl bnde ni..tiap ary lalu dpn villa ni bile nak g kolj..seram, jgk ble tngok kan..penuh ngan pokok2 mcm uw..rase cam nk cuba msok nak lalui smua uw..cam best jew

Unknown berkata...

setiap hari pegi keje mmg lalu depan villa ni..huhu tapi tak sempat nak jengah dalam dia sebab dah tenggelam dek semak samun..

mOons berkata...

mane ade kene roboh.. ada je elok tersergam kt atas bukit tu..

Shahrizad Zainal berkata...

saya dah masuk.. gila seram.. but refer to my mom,villa tu milik ahli perniagaan cina yang muflis.. datuk Robert kalau x silap.. yang bentnya, stiap tingkat mewakili 1 bilik dan semuanya menghadap laut, dan banglo tu memiliki lebih dari 10 tingkat. dan vila tu msih belum dirobohkan dengan alasan sukar kerana terlalu tinggi mengiringi lereng bukit. kesimpulannya, owner dia sangat kaya pada masa dahulu kan??

jaja berkata...

salam, saye org jb. slalu lalu depan villa ni masa balik keje. FYI, Villa ni masih ade lagi n x di robohkan pon. tp mmg besar la. mmg pelik sbb xde sape yg beli tanah 2 pon, padahal ,value die mesti tnggi, area umh banglo and depan ngn laut..hihi.

Tanpa Nama berkata...

Dah roboh?memandai je.mne ade roboh,kukuh je lg rumah tu.pernah msok dlu,pkol 2 pagi.zaman main basikal dlu.alhamdulillah.xde pape.klo na msok kwn nak pesan ni,bile naik tangga tu hati2 skit.bnyk yg da reput tangga2 tu.tp yg pasti,tu tmpt mat gian mlepaskn giannye pon adoi.hahaha.

Unknown berkata...

Waseh...seram...:)

Tanpa Nama berkata...

Villa Nabila masih blom dirobohkan lg..
masih tersegam seram ats bukit 2...
semlm bru berkunjung kt sane dgn kwn2..
korg blh la plan trip pegi ke sne yek..
hihikk...

Tanpa Nama berkata...

Seram,agaknya knp tempat tu berhantu

ogy suparman berkata...

Terkini...Sekumpulan remaja hilang di villa nabila. Sekrg sedang dlm pencarian 18/11/2013

Unknown berkata...

dngr citer ada 3 villa.. villa 1 kerabat diraja. villa 2 villa nabila (dh roboh) villa 3 villa yg kar atas tuu..

Unknown berkata...

Jom g villa 2..kte brmlm kt c2..nk gak taw mistik apa yg ada...

Unknown berkata...

Jom g villa 2..kte brmlm kt c2..nk gak taw mistik apa yg ada...

aisyahradiah berkata...

woooo , seram betul ..

Tanpa Nama berkata...

sya nk sedekahkan al-fatihah untuk arwah tersebut.

Tanpa Nama berkata...

x bce ke versi tuh?

Tanpa Nama berkata...

sekarang makin kecoh...rasanya antu pon lari sbb td ramai yg berkerumun masuk dlm kawasab villa nabila tu...haha

Unknown berkata...

Yang khurafatnya bila ada orang yang hantar makanan untuk makanan penungu. atau mintanombor ekor

Unknown berkata...

Jadi khurafat bila ada yang hantar makanan atau, puja

Unknown berkata...

boleh pecya ke x ni>?

Tanpa Nama berkata...

tapi kan . tak silap lah , villa tuh stil ade kt atas bukit tuh . boleh percaya ke yg villa tu dah dirobohkan ? kalau dah , kenapa gate kt bukit tuh berkunci ? masih menjadi persoalan .hehe .

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..