Selasa, 3 April 2012

KALAU DAH REZEKI TAK KEMANA

kalau dah rezeki tu tak kemana.. Kenapa aku buat tajuk ni? Macam ni ceritanya, Tadi masa aku pergi kerja aku macam biasa bawalah beg sandang kesayangan aku ni.. Letak dalam bakul motor.. Sampai kat tempat kerja aku boleh terus je masuk.. Tak teringatkan beg aku dalam bakul motor tu tadi.. Memang lupa bebenor ler gamaknya.. Selalunya aku tak lupa mcm ni.. Dah tua ke aku? Kui3x


 

Dalam masa satu jam jugaklah.. Tiba-tiba kawan aku tanya, beg siapa dalam bakul motor aku.. Aku dengar terus aku terkejung sekejap.. Ya Allah! Beg aku!! Dalam gerak perlahan aku pergi kat motor, aku dapati beg aku ada lagi dalam bakul, tapi hp aku dalam tu macam mana? Aku ambil dan aku periksa dalam beg tu.. Alhamdulillah hp kesayangan yg telah aku guna selama 1tahun, nokia XpressMusic aku masih ada dalam beg tu.. Huh! Berdetap detup jangtung aku.. temenung aku dibuatnya.. kawan aku cakap, memang dah rezeki kau ler,huhu.. Padahal ramai orang kat luar tu tadi, Nasib baiklah tak kena curi.. Syukur kepada Mu Ya Allah.. Lepas ni aku kena berhati2 lah dan kurangkan makan semut huhu boleh pulak...



NH : pengajaran yg aku dapat  jangan cuai dan kena sentiasa beringat. tapi kalau dah nak hilang tu redha jelah, mungkin dah takde rezeki lah tu..

12 ulasan :

.::: Princess MOMOY :::. berkata...

syukur barang x hilang

Pemandu Teksi berkata...

Nasib baik tak hilang En Nasir, kalau tak.... confirm menangis berguling-guling kan? he he..

nasir hamzah berkata...

.::: Princess MOMOY :::. tu ler momoy, syukur le tak hilang, kalau hilang, seperti macam yg en zari cakap lah menangis berguling2.. huhuu...

.::: Princess MOMOY :::. berkata...

yang penat kalau ilang ic, atm card, kredit ke apa2 lagi dokumen penting
letih tu nak g sana sini settle kan benda2 tu

Fahmi Athailla berkata...

Aku kurang ngerti yang di atas ngomong apa. heheheee... bahasa melayu ya?

nasir hamzah berkata...

momoy. betul tu lagi lah nak tunggu lagi punya lama.. kena denda lagi..huu

nasir hamzah berkata...

fahmi, kurang ngerti gimana tuh? tentang entry nya yah?

.::: Princess MOMOY :::. berkata...

uit...org indonesia pun visit sini
caya lah

PCL berkata...

Syukur...kita selalunya bkn bernasib baik tp itu adlah sbg peringatan sblm lupa pd NYA.

nasir hamzah berkata...

ya PCL, setiap kejadian itu sebenarnya peringatan dari-NYA supaya kita sentiasa ingat pada-NYA..

Tanpa Nama berkata...

hukhuk lain kali jgn cuai..ni Allah bagi peluang ni :)

nasir hamzah berkata...

hehe. lepas ni kena berhati2 lah..

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..