Sabtu, 21 April 2012

Kisah Seram Di Sebalik Mahmoodiah

Salam buat rakan-rakan semua, diharap korang sihat hendaknya.. misteri, misteri dan terus menjadi misteri.. entry kali ni pun tentang kisah misteri.. ya di johor memang banyak kisah misterinya.. 




setelah nh siarkan kisah seram yg berlaku di sebuah kompleks kemayan city, kali ini nh nak kongsi kisah seram disebalik perkuburan Mahmodiah pula, kalau orang johor rasanya ada yg sudah tahu kisah-kisah seram disini, lagi-lagi pemandu teksi seperti En Zarin pasti beliau dan rakan-rakannya sudah masak benar dengan cerita seram mahmodiah yg terletak berdekatan Hospital Sultanah Aminah ni.. Ok tanpa membuang masa mari kita baca kisah yg Nh ambil dari satu sumber...




Kisah pertama ini berlaku ke atas pemandu kereta yg bernama Kadir. Kadir dalam perjalanan ingin bertemu rakan di sebuah restoran di Danga Bay.Jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Sampai di pertengahan jalan lingkaran (sekarang di dirikan Petronas), dia ternampak seorang wanita berjalan seorang diri. Dia pun memberhentikan kenderaan dan bertanya arah tujuan wanita berkenaan. Wanita itu ingin ke perhentian bas di Hospital Sultanah Aminah.
Kadir pun menumpangkan wanita berkenaan. Wanita tersebut menyuruh Kadir agar tidak menggunakan penghawa dingin. Biarlah dengan membuka tingkap sahaja katanya. Wanita itu memberitahu bahawa sepatutnya teman lelakinya yang menjemputnya, tetapi akibat masalah yang tidak dapat di elakkan, dia terpaksa berjalan kaki untuk ke perhentian bas hospital itu. Wanita itu juga berpesan kepada teman lelakinya agar membawa kereta, kerana dah serik menaiki motor. Kadir cuba menenangkan wanita berkenaan dgn mengatakan bahawa naik motor lagi romantik, jimat minyak dan kalau jalan jem, boleh selit-selit. Tetapi wanita itu terus menceritakan kepada Kadir bahawa berlaku 1 kejadian yg tak di ingini semasa dia menunggang motosikal bersama teman lelakinya. Pernah satu ketika semasa menunggang motor bersama teman lelaki, mereka di sondol oleh kereta yg berlumba di situ.


Kadir lantas bertanya "Ya Allah, lepas tu apa yang terjadi?" Wanita itu terus berkata, "awak nampak divider itu? di situlah saya dan teman lelaki saya tercampak selepas di seret hampir 50 meter, dan KAMI MATI bersama"..

Apa saja ayat al-quran yang terlintas di fikiran Kadir, terus di bacanya kuat-kuat. Yang terdengar hanyalah hilaian tawa wanita berkenaan lantas terbang dan berlalu pergi menerusi tingkap kereta Kadir yg terbuka luas. Kadir membatalkan hasratnya untuk berjumpa kawan-kawannya lalu terus balik ke rumah. Di rumah, dia menceritakan segalanya kepada pakciknya yang kebetulan bertandang ke rumahnya. Pak ciknya berusia 66 tahun hanya tersenyum kerana kejadian sebegini sering berlaku di kawasan itu.




Kisah kedua yang terdapat di Mahmodiah ialah berlaku kepada seorang pemandu teksi. Lokasinya ialah di Terowong berhampiran ZZ / JKR. menghala ke Anjung Warisan dari Petronas Lingkaran. Selepas melalui terowong tersebut, ada seorang wanita menahan teksinya dan terus mengejar teksi berkenaan.




Kisah ketiga ialah bangunan Yayasan Warisan Johor. Masa perang Jepun dulu. Jepun gunakan bangunan tu sebagai markas / kem mereka. Jadi, macam-macam hukuman jepun seperti pancung kepala dan macam-macam lagi yang mereka lakukan disitu. Dan disitu jugak banyak askar jepun mati. Orang-orang otai cakap, kat situ ada jepun berbaris di atas bumbung! tak tahu pula diorang berbaris macam mana.. Wallahualam..


Korang pernah baca entry nh yg bertajuk pengalaman seramku? di yayasan johor ini lah tempat yg nh maksudkan.. sebab dulu arwah abah nh bekerja disini.. kalau tak silap dulu namanya kelab jepun..


Kisah keempat kubur mahmoodiah berdekatan terowong jalan petri mengadap jalan lingkaran dalam. Ade orang cerita yang kawasan tu berhantu pada waktu petang selepas asar sebelum maghrib. Ade orang pergi ziarah kubur time tu. Ade gangguan seperti ade bende terbang atas kepala. Banyak kali. Penggali kubur kat situ pun sarankan jangan datang waktu-waktu petang macam tu. lagi-lagi kawasan tu.



sumber cerita dari yulsahaja.com


macam mana setelah korang baca kisah seram di mahmodiah ni, ada rasa meremang tak bulu roma korang.. hehe.. ingat yer segala yg nh kongsikan anggaplah sebagai satu hiburan, iblis dan syaitan memang sentiasa ingin memesongkan hati kita, jadi korang faham kan apa yg nh nak sampaikan.. terima kasih diatas sokongan rakan-rakan dan pembaca blog nasir.. semoga korang sentiasa sukses dalam menempuh liku-liku kehidupan ini.. 


NH : lepas baca jangan lupa korang tekan butang SHARE kat atas tu yer... hehe

17 ulasan :

etuza berkata...

Nasir nanti saya sorang2 BW tengah malam.nanti jadi penakut pula saya ..hehe..banyak seram arh!..ini identiti laman Nasir. Teruskan ya.

Ahmad Zarin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ahmad Zarin berkata...

Macam tau jer NH ni, tapi memang benar NH, pemandu teksi seperti saya ni memang selalu jumpa perkara sebegini.. Tapi apa boleh buat cari makan.. hu hu cuma malas nak cerita jer..

http://zarincepp73.blogspot.com

AMALINA YAAKUB berkata...

yg pemandu teksi tu seram.... eeee takutnya mcm mna perasaan pmndu teksi tu waktu terserempak dgn benda tu...

si kiut lavender berkata...

umaik aih...

tegak bulu roma seyh...hee..:D

Sis AI berkata...

Perghhh.. Yang first tu mmg seram gila.. Mnakutkn.. Kat Johor byk jugak ehh crite hantu. Tak sngka sy. Tp klu fkir balik, mana2 pun ada jgk syaitan laknatullah ni. Mintak jauh sgt2..

Boni JLL3 berkata...

agak menakutkan la plak...

bebeldotsorang berkata...

ish seram gak kan huhu

Camy Alya berkata...

serammm

wan berkata...

aku dh penah kena kt terowong tu..area 12 mlm. nek mto dgn awek aku(wife skrg) nk p makan kt zz.. masuk je terowong tu, bini aku rse mermang, kt telinga aku cam org hembus..padehal fulface tight helmet, the kuar jek dr trwong tu, aku jeling kt side mirror, nampak dia bjuntai kat atas trowong..

nasir hamzah berkata...

uish! seram eh kalo nampak secara live mcm tuh.. huh sapa yg dah mngalami jer dapat tahu keseramannya ye wan.

t.kasih wan sb sudi berkongsi pengalaman kat sini..

niz berkata...

dulu saya tinggal di kampung sebelah kubur mahmoodiah ni..kul 6 pagi tggu bas sekolah depan kubur.lewat petang bermain sekitar rumah depan kawasan perkuburan tu.. kalau kita rasa ada hantu adalah ia...kalo kita rasa tiada hantu tiadalah ia..tapi time mlm mmg sunyi sepi..

niz berkata...

dulu saya tinggal di kampung sebelah kubur mahmoodiah ni..kul 6 pagi tggu bas sekolah depan kubur.lewat petang bermain sekitar rumah depan kawasan perkuburan tu.. kalau kita rasa ada hantu adalah ia...kalo kita rasa tiada hantu tiadalah ia..tapi time mlm mmg sunyi sepi..

Tanpa Nama berkata...

hihihii btl.ke nie? aku rajin gak.lalu2 tpt mcm tu tpi uat masa.nie lom.kna lge.hihii nsib aku kn.hihii

anna_alone berkata...

serius..mmg favorit g mkn kt zz sup tulang n anjung warisan tu..sellu g ngn bestiest n pelik gak..mlm2 mmg x pnh ade kete lalu kt trowong tu..coz suka masuk dr petronas and terus u turn msuk trowong tu terus..alkisah..x penah jd pape..tup3..bru2 ni blik dr zz tu trus lalu trowong n tepi jln moahmoodiah..ade plak cik akak tu berdiri kt tepi jalan..n member pulak rajin menegur..aduhai..dah la ak duk blkg sorg time tu..relax lagi..direct ke dataran ..bru ak ckp ak pun nmpk..kan..terbaik..naseb xde pape yg buruk berlaku...dr dtrn ke rumah..apalagi..bukak quran online trus bace sorang2 kt seat blkg..nauzubillah..jauhkan la dr malapetaka..

bru la dok sibuk cari2 crita dsebalik tmpt tu..oh..btol la ad kisahnye..ak je yg xtau walo da 25 thun idup kt jb ni..lahir pun kt spital dpn tu je..hehe

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya laki aku kerja kubur kat mahmoodiah, setakat ni ok je, tapi kat dengan kedai ZZ memang berhantu, hari tu makan malam kat situ, balik je anak kena rasuk, satu hari satu malam tak tidur, penat gila tapi tak menangis, tapi tak makan tak minum, tgk i solat pun tergejil biji mata. barula terfikir kenapa. dah panggil orang ubatkan terus pengsan tidur. sedih betul. sekarang dah tak jejak kedai tu lagi serik

sol rash berkata...

Skunk saya berada dihadapan tanah perkuburannyer...tenang

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..