Ahad, 15 April 2012

Taman Tema Legoland Malaysia


Taman tema legoland, siapa yang tak penah dengar tentang legoland? Pasti kebanyakkan diantara kita ada yang tidak sabar dan tertunggu-tunggu hari pembukaannya. Taman tema ini adalah yg pertama di Asia dan akan menjadi satu-satunya taman tema seumpama itu di Asia tenggara. Pembukaannya juga memastikan rakyat negara ini mempunyai pilihan lebih baik berbanding taman tema yg lain..



Pembinaannya yg bermula pada Disember 2009 dengan kos sebanyak RM 720 juta. Ia menawarkan tujuh kawasan tema berbeza untuk seisi keluarga. Bukan itu sahaja, ianya juga berupaya merangsang minda dan kreativiti pengunjung dengan aktiviti yg ditawarkan..


Legoland terletak di Medini di Nusajaya, yang merupakan salah satu daripada lima zon utama Iskandar Malaysia. Legoland  akan menjadi projek hiburan keluarga yang terbesar di Johor yang akan menarik pelancong tempatan, Indonesia dan juga Singapura.



Antara tarikan di Legoland Malaysia ialah replika gergasi Menara Berkembar Petronas. Replikasi ini dibuat menggunakan batu bata Lego dan ia akan menjadi struktur Lego tertinggi di dunia. replika mercu tanda lain yang terkenal di seluruh dunia juga ada disini seperti  Taj Mahal, Stadium Sarang Burung Beijing,  Angkor Wat Kemboja dan patung Merlion Singapura juga akan ditampilkan, semuanya dibuat dari batu bata Lego. 


Antara aktivitinya menarik yg disediakan, anda boleh mengambil bahagian dalam setiap kawasan yg dilalui seperti membantu memadamkan kebakaran, membina bangunan menggunakan lego dan melihat keindahan pembinan mini di satu-satu kawasan. Pengunjung juga akan dibawa melawat menara setinggi 41meter dalam tempoh 50saat dan ianya mampu menampung 1000 org pada satu-satu masa..


Amacam? Dah tak sabar nak ke taman tema Legoland? Sabar-sabar, mengikut sumber yang dibaca, kurang 8bulan lagi taman tema ini akan siap.. Jadi kumpul duit dulu ye kawan-kawan. Nanti boleh ler ajak family kesini..


NH : Sesekali luangkanlah masa untuk bersama keluarga ke tempat-tempat menarik yg ada dalam negara kita ini..

16 ulasan :

Tanpa Nama berkata...

hehe sis lagilah tak saba ok..kat johor pulak..tp mahal woo :D

nasir hamzah berkata...

ha'ah lah sis, dengar cerita tiketnya seratus ke atas untuk seorang dewasa..huhu mahal bebenor..

Tanpa Nama berkata...

hihi tau tkpe lagi mahal dr genting..
tp dgr2 nya dia ada buat promotion utk pbukaan tu pun still seratus cmtulah..hukhuk kopak duit eden ..

nasir hamzah berkata...

takpelah sis kumpul duit dulu, sesekali apa salahnya ye tak. hehe..

susulemakmanis berkata...

bestnyer..nk pergilah!

adarain berkata...

macam best..
harap2x boleh lawan taman tema singapore punyerr...haha

nasir hamzah berkata...

susulemakmanis : memang boleh benor pergi, naik roler coster..hehe

nasir hamzah berkata...

bahrin : harap2 macam tulah..

opie berkata...

x sabarnya..harap2 sempat siap sementara duk kat jb ni.=D

Tinta Lana berkata...

Salam..lau tak silap, ke-3 didunia taman lego2 ni,hehehe.

Duit2..ada duit, laju je pi..huk3. Sunway lagoon pun baru smpai skali..hurmm.. T___T

Muttallif berkata...

Sangat menarik. Tapi seperti kata lana, duit sekejap sahaja akan pergi.

bebeldotsorang berkata...

agak2 bila eh nk bukak?rasa tak sabar nak pegi hehe

nasir hamzah berkata...

dapat pergi sekali pun jadi ler, nak merasa orang kata, hehe

mungkin awal tahun depan bukak ler tu, boleh pakat pergi sama2 rakan blogger..hehe..maluuu...

nurul syuhada berkata...

cm best je .. tak sbr plk :)

nasir hamzah berkata...

hehe sabar nurul, tak lari gunung dikejar..

natasha berkata...

skrg ni legoland da bley pegi... tp games yg dah dbuka cume ad untuk kids jew.... yg dewasa lom bukak agy.... kwn sy dah pegi 2,3 kali gak... sy x mampu... mhl sgt... legoland ni rasmi bukak taon 2014. saper2 nk pegi tu ley la pegi.... jgn lupe ajak sy skali ae... hehe

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..