Pembinaannya yg bermula pada Disember 2009 dengan kos sebanyak RM 720 juta. Ia menawarkan tujuh kawasan tema berbeza untuk seisi keluarga. Bukan itu sahaja, ianya juga berupaya merangsang minda dan kreativiti pengunjung dengan aktiviti yg ditawarkan..
Legoland terletak di Medini di Nusajaya, yang merupakan salah satu daripada lima zon utama Iskandar Malaysia. Legoland akan menjadi projek hiburan keluarga yang terbesar di Johor yang akan menarik pelancong tempatan, Indonesia dan juga Singapura.
Antara tarikan di Legoland Malaysia ialah replika gergasi Menara Berkembar Petronas. Replikasi ini dibuat menggunakan batu bata Lego dan ia akan menjadi struktur Lego tertinggi di dunia. replika mercu tanda lain yang terkenal di seluruh dunia juga ada disini seperti Taj Mahal, Stadium Sarang Burung Beijing, Angkor Wat Kemboja dan patung Merlion Singapura juga akan ditampilkan, semuanya dibuat dari batu bata Lego.
Antara aktivitinya menarik yg disediakan, anda boleh mengambil bahagian dalam setiap kawasan yg dilalui seperti membantu memadamkan kebakaran, membina bangunan menggunakan lego dan melihat keindahan pembinan mini di satu-satu kawasan. Pengunjung juga akan dibawa melawat menara setinggi 41meter dalam tempoh 50saat dan ianya mampu menampung 1000 org pada satu-satu masa..
Amacam? Dah tak sabar nak ke taman tema Legoland? Sabar-sabar, mengikut sumber yang dibaca, kurang 8bulan lagi taman tema ini akan siap.. Jadi kumpul duit dulu ye kawan-kawan. Nanti boleh ler ajak family kesini..
Sumber : Negeri Johor ku Tercinta
NH : Sesekali luangkanlah masa untuk bersama keluarga ke tempat-tempat menarik yg ada dalam negara kita ini..
16 ulasan :
hehe sis lagilah tak saba ok..kat johor pulak..tp mahal woo :D
ha'ah lah sis, dengar cerita tiketnya seratus ke atas untuk seorang dewasa..huhu mahal bebenor..
hihi tau tkpe lagi mahal dr genting..
tp dgr2 nya dia ada buat promotion utk pbukaan tu pun still seratus cmtulah..hukhuk kopak duit eden ..
takpelah sis kumpul duit dulu, sesekali apa salahnya ye tak. hehe..
bestnyer..nk pergilah!
macam best..
harap2x boleh lawan taman tema singapore punyerr...haha
susulemakmanis : memang boleh benor pergi, naik roler coster..hehe
bahrin : harap2 macam tulah..
x sabarnya..harap2 sempat siap sementara duk kat jb ni.=D
Salam..lau tak silap, ke-3 didunia taman lego2 ni,hehehe.
Duit2..ada duit, laju je pi..huk3. Sunway lagoon pun baru smpai skali..hurmm.. T___T
Sangat menarik. Tapi seperti kata lana, duit sekejap sahaja akan pergi.
agak2 bila eh nk bukak?rasa tak sabar nak pegi hehe
dapat pergi sekali pun jadi ler, nak merasa orang kata, hehe
mungkin awal tahun depan bukak ler tu, boleh pakat pergi sama2 rakan blogger..hehe..maluuu...
cm best je .. tak sbr plk :)
hehe sabar nurul, tak lari gunung dikejar..
skrg ni legoland da bley pegi... tp games yg dah dbuka cume ad untuk kids jew.... yg dewasa lom bukak agy.... kwn sy dah pegi 2,3 kali gak... sy x mampu... mhl sgt... legoland ni rasmi bukak taon 2014. saper2 nk pegi tu ley la pegi.... jgn lupe ajak sy skali ae... hehe
Catat Ulasan