Sabtu, 28 April 2012

Aku Yang Tersedar Dari Lamunan

ASSALAMUALAIKUM...

Ermm.. Rupanya nak jadi blogger ni bukan senang yer kawan sumer.. Lagi-lagi nak jadi blogger glamor.. Hu entah sampai bila (ada hati nak glamor) haha..

Usahkan nak glamor, nak dapat traffik pun payah.. Huhu. Jadi selama ni aku kejar traffik lah ek??

Urmm.. Ada lah sikit-sikit.. Haha mengaku sudah.. Bukan apa suka tengok orang baca entry yg kita tulis.. Tu jer.. Tak lebih pun..

Tapi masalahnya nak kena selalu lah pulak buat entry best-best dan tajuk yg mengancam gitu lorh... Baru ler orang nak baca ek?

Haha.. Hari ni baru ler aku sedar yg blog aku ni dah macam blog copy and paste plak.. Ermm.. Payah jugak macam tuh.. Sampai bila.. Huhu..

Apapun sejak mengenali korang semua aku rasa seronok bila entry aku di baca dan di komen oleh korang dengan komen yg power dan cukup bernas...

Dari situ aku rasa sangat bertuah kerana korang sume saport aku walau blog nih masih mentah dan masih mencari identiti tersendiri..

Aku malu dengan korang semua... Maafkan daku..

Aku harap korang berilah aku sedikit nasihat dalam dunia blogging nih..

Ps: nasihat dan kata-kata semangat sangat-sangat aku perlukan dari korang semua...

posted from Bloggeroid

4 ulasan :

Muttallif berkata...

Nasir, pertama sekali tahniah kerana anda mula faham akan tentang blogging :)

Saya juga dulu begitu, ada entri copy-paste sahaja (pastikan ada link sumbernya)

Ada entri sukan, ada entri info, ada entri lawak, ada entri yang rasanya tidak tentu hala. Tapi, selepas berada hampir 2 tahun bebelog saya terjumpa satu blog luar negara yang sangat2 bagus.

Daripada situ saya baru tahu apa itu "Niche" dalam blog. Oklah, Nasir cuba perhatikan blog saya sekarang. Hanya akan membincangkan beberapa isu dalam "Niche" tertentu sahaja. Contoh, motivasi, kepimpinan, pelbagai, produktiviti.

So, teruskan berblog dan mula bina platform :) (untuk jadi blogger glamour)

p/s : Kalau betul2 nak kejar traffik cuba baca ruangan "MediaSosial" atau "Traffik" taliff, memang ada ajar macm mana nak kejar :)

nasir hamzah berkata...

tukan, beruntung sy dapat rakan blogger yg ramah dan sering membantu memberi semangat pada sy, terima kasih talif, akan sy cube dan terus mencuba mencari identiti blog ini.. pendapat dan nasihat anda amat sy hargai..

Sis AI berkata...

Haha, kembang sy, wakaka! Ok3, abaikan. Yes, sbnrnya trafik smua ni takde la gila sgt nk julang naik. Trafik ni bantu utk naikkn smangat dlm blogging. Sy stuju part ni bro.

Apapun, tahniah bro sbb nk maju ke depan. Hmm.. Mcm bro Muttallif ckp, tu sy stuju. Sy bg pndangan la ya sbagai teman Blogger.

Blog bro ni famous dgn crite hantu kan? Sy rsa tak salah bro sebarkn mklumat smua tu mcm copy paste, tp yg kurengnya pnulisan bro tak brkembang la. Contoh bro minat hantu. Apa kta bro try explore sendiri? Bkn jdi Seekers gitu, tp klu borak dgn mmber, bro ambik info, atau bca internet, bro sebar balik dlm bentuk pnulisan sndiri.

Org bca pun syok kan?

Erm, mcm blog sy, sbnrnya sy nk blogging lbih kpada agama, tp sy fkir kna guna pndekatan lain, so sy smpaikn dlm cra santai, dlm cra org tak sedar. N sy variasikn utk tarik prhatian org.

Mcm strategi la bro. Klu bro minat nk tulis bnda lain, gbungkn skali. N stahu sy blogger yg pling disukai adalh blog type santai. Tak panjang lebar, tak pendek sgt. Sedarhana, tp padat. Bila msuk blog, diorg rsa ada manfaat. Itu yg paling baik^^

[Tp klu nk crite isu serius je, pmbaca pun bosan. Kdang2 tulis bnda santai pun ok, bg pmbaca senyum ringan^^ ]

nasir hamzah berkata...

yeah! best komen.. mcm nilah yg nasir suka, kritikan membina. insyaAllah akan nsir cuba buat yg terbaik lepas ni.. wah besemangat benor nasir ni nampknya hehe... terima kasih sis AI

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..