Sabtu, 28 April 2012

KFC Diarah Bayar Rm 25 Juta Kepada Gadis Lumpuh





SYDNEY, Australia – Rangkaian makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) diperintah oleh sebuah mahkamah Australia supaya membayar ganti rugi sebanyak AS$8.3 juta (RM25.26 juta) kepada keluarga seorang gadis yang lumpuh kerana kerosakan otak selepas dia memakan hidangan KFC yang tercemar.
Ketika kejadian itu berlaku pada tahun 2005, gadis tersebut, Monika Samaan berusia tujuh tahun.
Samaan, ibu bapa dan saudara lelakinya terpaksa dirawat di sebuah hospital kerana keracunan bakteria salmonella selepas mereka memakan hidangan Twister ayam di sebuah restoran KFC dekat sini.
KFC yang dimiliki oleh Yum! Brands dalam satu kenyataan menyifatkan kes itu sebagai tragis tetapi ia kecewa dan terkejut dengan keputusan itu.
Kenyataan yang sama menyatakan KFC akan membuat rayuan berhubung keputusan berkenaan.
Pada minggu lalu, seorang hakim Mahkamah Agung New South Wales memihak kepada keluarga Samaan dengan menyatakan, KFC telah melanggar tanggungjawab untuk menyediakan penjagaan kepadanya.
Hakim itu kemudian mengumumkan RM25.26 juta sebagai bayaran ganti rugi dan kos perbicaraan tersebut.
Media Australia memetik peguam gadis tersebut, George Vlahakis sebagai berkata, kos rawatan Samaan yang tinggi menyebabkan keluarganya ditimpa masalah kewangan.
“Pampasan itu amat di perlukan oleh mereka,” kata Vlahakis. – Reuters
P/s : kalau nak makan kat luar tu hati-hatilah.. malang tak berbau..

12 ulasan :

Nora Karim berkata...

Betul la... Sbb tu better msk sendiri...

nasir hamzah berkata...

a,ah nora baik masak sendiri.. jimat dan lebih selamat..

Tanpa Nama berkata...

huhu sis suka makan twister kpc tau
tau semalam masa kat berita huhu

nasir hamzah berkata...

yeker sis, nasir dapat tau pun baru tadi neh.. huhu nampak sangat tak tengok berita ek..haha

Muttallif berkata...

Alamak, baru lepas makan KFC tadi ......

Sis AI berkata...

Truk jugak budak tu kena.. Hilang nikmat buat slama2nya. Nk byar dgn juta2 pun bg sy msih tak ckup bro. Apapun, sy klu boleh mmg nk jarang2kan mkn mkanan sgera.. Lgpun kita dh al maklum mmg kureng sihat kan..

Nana berkata...

kesian gile kat budak tuuu..

Unknown berkata...

jarang masuk KFC, nak jimat, masak2 ala2 kfc di rumah lagi best. Terjamin kata orang. Berhati2 kalau makan kat luar ya, sesungguhnya agama kita mengajar kita amalkan memakan makanan yg bersih ...nice entry

AMALINA YAAKUB berkata...

aduh kesianya dia

Unknown berkata...

pergh..kepsi pun bahaya utk kesihatan.tapi masalahnya, ramai manusia yang sukakan benda yang tak berkhasiat ni

NAL berkata...

lebih baik masak sendiri di rumah..

Tanpa Nama berkata...

addoooiiii... baru je makan kfc tadi.. twister juga.. abih laaa :(

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..