Salam sejahtera buat rakan-rakan semua.. hari ini aku nak kongsikan koleksi pinggan yg telah berusia lebih 100 tahun kepunyaan turun temurun dari keluarga belah arwah abah aku, Entry ini juga dibuat atas permintaan kakak aku yg hobinya mengumpul pinggan-pinggan lama, jadi untuk tidak menghampakannya mari sama-sama kita lihat..
Walaupun pinggan lama, akan tetapi ianya masih nampak cantik lagi, pemilik asal pinggan ini adalah dari moyang aku yg bernama Almarhummah Hajah Mahwa..
Setelah moyang aku meniggal dunia pinggan ini diserahkan pula kepada nenek aku yg bernama almarhummah hajah khatijah..
Setelah itu, pinggan ini diserahkan kepada makcik saudara aku, kemudian dihadiahkan beberapa pinggan ini kepada akak aku sebagai koleksinya peribadinya..
Pinggan hidang ini usianya dalam lingkungan 50tahun, dibeli oleh emak aku di muar johor, semasa hendak menetap di kota tinggi.
Yang ini dihadiahkan oleh makcik saudara aku kepada akak aku
Teko ini pula tidak dapat dikenal pasti berapa usianya, dihadiahkan oleh tauke berbangsa cina kepada akak aku dan dibayar dengan harga rm40.. huhu belilah tu..
Itu sahaja perkongsian pinggan-pinggan lama untuk tatapan korang semua, terima kasih diucapkan pada korang semua..
AL-FATIHAH buat Almarhumah hajah mahwa dan hajah khadijah
Dah baca jangan lupa like ok.. hehe..
4 ulasan :
wah lamanya..ibu sis pun simpan pinggan2 lama arwah nenek punya..org perempuan mmg suka pinggan2 ni..
hukhuk
bagus2...simpan..ni nilai estatika dia sgt tggi..
sis - a.ah sis kira pinggan pusaka juga lah. kakak yg suka sangat kumpul pinggan lama.orang perempuan memang macam tu eh sis .
nana - tulah barang lama nilai tinggi.. kalau dah tinggi sangat boleh jual.hehe
Catat Ulasan