Khamis, 26 April 2012

SERAM : Misteri Di sebalik Jambatan Permas

ASSALAMUALAIKUM...


Apa habaq semua rakan-rakan blogger Nh? hang sihat ka ? hehekk.. cakap utagha plak.. saja je tapi nh memang suka dengan lohgat utara.. korang suka? apapun loghat korang tetap kawan ceq na.. walaupun kita hanya kawan maya tapi ceq rasa kita dekat ja.. dekat camana tu ceq tak taw nak habaq.. hehehhh..


Ok lah dah baca tajuk di atas? rupanya ada lagi misteri yg belum terungkai yg nh terlepas pandang, tapi misteri kali ni tak lah berapa glamor macam misteri banglo hilang dan mall berhantu tu, yg memang dah famous dalam Negeri Johor ni..jadi untuk tidak membuang masa korang baca enty di bawah ni, tapi nh ambil sumber ni dari blog yul lah.. sory yer yul.. nanti nh letak creadit nama yul..


Arwah Mansor dan Arwah Shikeen Black.


 Saya akan "simple" kan cerita ini. Kedua-duanya adalah pasangan kekasih, tetapi di tentang hebat oleh kedua-dua belah keluarga bila menyuarakan ingin berkahwin. Tatkala itu Arwah Shikeen telah pun mengandungkan anak kepada Arwah Mansor (5 bulan). Bila dua buah keluarga tidak merestui, Arwah Mansor mengambil jalan mudah untuk membunuh diri bersama Arwah Syikeen di RAILWAY PLENTONG dengan mengikat dan berbaring di railway tersebut sehingga berkecai tubuhnya digilis keretapi. Selepas kejadian itu, ramai yang berkata jumpa arwah Mansor berkeliaran bersama Arwah Shikeen mengendong anak tapi yang dikedong adalah Batu Nesan...Wallahualam.. 


Orang yang berniaga pun tidak berani berniaga sehingga lewat malam..dan sehingga sekarang..ada satu restoran railway di Highway Pasir Gudang(sekarang hanya tinggal restoran kosong) sebelum masuk ke Simpang Giant Plentong tidak pernah ownernye kekal berniaga..Wallahualam.


Kemalangan maut pasti terjadi tiap-tiap tahun, org kata jambatan ni memang terkenal dgn sikapnya yang ketagih darah org.. Sebabnya? semasa jambatan ni mula2 di bina, byk kejadian bunuh diri berlaku di situ.. Di katakan tempat itu keras kerana pemandu2 kereta akan ternampak bayangan aneh melintasi jalan.. Siapa yg berani nak jalan sorg2 di situ ketika waktu malam? Sebelum Bayu Puteri & Flat Sri Stulang di dirikan di situ, ianya merupakan hutan paya bakau yg di penuhi monyet. Sebelum jambatan ni di dirikan, kalau korg dari bandar nak ke Permas Jaya, korg kena lalu jalan tebrau - carrefour pandan - highway pasir gudang - plentong & baru lah sampai ke Permas Jaya..

Kes bunuh diri secara berpasangan.. Ini kerana ahli keluarga tak merestui perkahwinan mereka, si perempuan pula berbadan dua, kandungannya berusia 5 bulan.. Pasangan itu di katakan membunuh diri mereka dgn berbaring di railway Plentong.. Hancur berkecai di gilis kereta api kargo yg membawa muatan ke Pasir Gudang.. 

Dipendekkan cerita, dulu ada pokok buluh bawah jambatan permas (dari plentong nk masok permas). Kat situ ade sorang brader berniaga burger sampai ke tengah malam. Then datang seorang perempuan. Pakaian serba putih mengendong anak. Datang ke stall burger tu, hanya order daging mentah..tokey burger tu pon pelik la dgn perempuan tu..then tengok pulak anak perempuan tu dalam kain yang dibuat selubung anak tu..batu nisan ! kelam kabut tokei burger tu lari..esok pagi baru datang kemas stall ape sume..tros dah tak berniaga kat situ lagi..pokok buluh tu pon dah kene tebang..orang-orang situ cakap perempuan tu mungkin roh sheikin tu la (gf arwah mansor)..roh nye tak tenang kot..itu crite org2 dekat2 situ la.. Tak tau betul atau tidak. Alhamdulillah, sekarang ni dah tak dengar pun gangguan yg berlaku di situ, kemungkinan roh arwah dah tenang..




sumber dari yulsaja.com


Macam tulah ceritanya, nh baru mula baca rasa seram teramat.. nh penah gak lalu kat jambatan  tu dalam 3 kali.. tapi sekarang dekat permas jaya tu dah berubah.. jalan pun tengok dah bertingkat-tingkat.. semakin maju dah johor, silap haribulan orang Johor sesat jalan di Negeri sendiri..huhu...


Nh : sebenarnya banyak lagi cerita seram nantilah nh update ok.. terima kasih pada En Etuza kita minat betul cerita seram kat blog nh, hehe sama lah dengan nh ni.. korang macam mana minat tak?

17 ulasan :

Muttallif berkata...

First, saya pun suka cakap guna loghat utara. Dulu belajar kat sana. :)

Oh, dua-dua mereka telah digilis oleh kereta api hanya kerana cinta tidak direstui. Menyeramkan.

Hati-hati bila lalu jambatan tu ye NH

AMALINA YAAKUB berkata...

kesian arwah. semoga rohnya dicucuri rahmat

nasir hamzah berkata...

muttalif: awk pun minat loghat utagha yer? hehe loghat utagha memang tiptop..hehe.

amalina: ye sama2 kita doakan. smg Allah ampunkan dosa arwah.

Tinta Lana berkata...

Salam..

Lana minat semua loghat,hehehe. lagi2 loghat Perak, cebab kg kat sna,kih3. Sibuk, nak gtau jugak tu,hahaha

Urm,lana suka baca kisah misteri gak, baca jelah, tpi sntiasa mintk dijauhkan dri misteri2 tu, hehe. Taktau la lau terkena diri sndiri camna.

Ingt gi, pestime baca kisah misteri, time tu kecik gi, kat umah mama, kuarga angkt lana, bnyk buku. tah cmna, terpegang buku psl kisah syaitn yg mnjelma jadi bola api. hehehe. takut2 nk bca, tpi habis gak 4,5 judul buku,heh3

Sis AI berkata...

Woaah.. Sy just trfkir. Knapa bila bnuh diri, guna cra pnuh pnyeksaan? Gilis? Tak ke angker bunyi dia? (=___=) Apapun, Alhamdulillah bro ok je lalu jmbatan tu. Klu tak, kelibat2 dh nmpk dh, wakaka! Bnda2 mcm ni bkn boleh buat main.. Byk jgk la hantu kat Johor.. Seram sjuk pulak..

nasir hamzah berkata...

lana: owh kmpung lana kat perak.. loghat perak pun best selalu tgk drama kat tv..hehe. ada sekali g penang snggah mkn kat hntian perak, tauke tu panggil mak nasir "mok nak makan apa? tekejut gak bleh plak pggl gemuk? rupanya mok tu maksudnya mak. haha apa lah org johor ni..

nasir hamzah berkata...

sis Ai: hehe sis nasib baik ler tak nampak kelibat, kalo nampak tak tahu la cmane.. gelabah puyuh terus.

Tinta Lana berkata...

Salam..hahaha, mok? hehe, terkejut ek,hahaha. Sebab tu la, kena usaha amik tau serba sikit budaya,adat, bahasa org lain..betol tak? supaya kita tak terkejut mana bila jdi mcm yg nsir citer tu,hehehe.

Aah, kmpg lana kt perak, mak abah asal sana :)

Camy Alya berkata...

tak direstui bunuh diri? adoii. dangkal sungguh -_-

Ezad Skytech berkata...

seram jugak bila baca entri ni...mungkin roh tak aman...tu ada yg kata ternampak tu...

nasir hamzah berkata...

lana -tulah dia lana,kita memg kena ambil tahu gak.. owh lana org perak ek..

alya- tulah alya. minta dijauhkan.

ezad- entahlah izad.. mgkin juga.

Unknown berkata...

adui cerita seram...seorang2 ni lagi anak2 dah lena .

nasir hamzah berkata...

anak etuza pun minat kisah seram gak ek.. hehe

nurmisnan berkata...

Jika kita takut, maka mcm2 akan berlaku
dalam pemikiran. Dan pada masa itu juga
syaitan dan iblis semakin suka mengacau.
Itu yang mcm2 benda nampak...

Mulakan langkah dgn doa agar setiap perjalanan dilindungi Allah..

Tanpa Nama berkata...

nama arwah tu cam bukan jek, nama samaran ye..:)saya mcm tahu, tapi nak buat2 tak tahu...:P

Tanpa Nama berkata...

salam admin..saya ni wanita..hurm so far saya ni suka sgt travel naik moto,dri utara sampai selatan,johor pun pernh tinggal..so far der,saya ni tak pernah lagi jumpe mend2 pelik..ride motor 2,3 pagi pun pernah sorg2 mase study dulu2..saya ni jenis ke mana sesorang,mayb mase saya ride tu selalu kot pakai earphone kat telinga,ddgr lak surah alquran..tu kot..hehe..dh sampai boleh hafal dh quran..mak selalu pesan baca ayat kursi di pagii hari,sebab sape yg baca ayat kursi,Allah akan pelihara :) sekadar perkongsian

Tanpa Nama berkata...

Cerita arwah cikin ni mmg btl.arwah kakak ni 1 kg dgn saya.tiba2 tebayang muke dia

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..