Kesegaran dan minda positif hari mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian. Indahnya Islam membawakan nilai dan motivasi positif bagi umatnya sentiasa ceria dan gembira dalam tugasan seharian.
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:
1. Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan bagi melakukan dan menjadi yang terbaik dan pastinya lebih baik daripada yang semalam.
2. Tekad Bermotivasi.
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Tingkatkan motivasi diri dengan mencari motivasi terbaik. Motivasi harus dijaga. Motivasi sekiranya tidak dipelihara akan menjadikan kita tidak bersemangat.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.
5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.
6. Maafkan semua orangSebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.
7. Berani dan bersedia untuk berubah dan berhijrah bagi Kecemerlangan Hidup. Sentiasa yakin Allah sebagai pelindung kita. Hakikatnya kita sendiri yang dapat mengubah kehidupan kita.
- Artikel iluvislam.com
NH : marilah sama-sama kita berusaha untuk mendapat minda yg positif.. untuk mencapai hidup yg ceria dan sentiasa gembira... Selain menjalani ibadah kepada-NYA...
7 ulasan :
Mulakan Dengan Bismillah.Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.
Terima kasih, terniat dari dulu nak buat entry tentang Basamillah ni..
InsyaAllah.. Artikel yg sgt baik utk tatapan dlm mlakukan tugas.. Ahh, kdang2 pun trlupa jgk, hehe! InsyaAllah sy dpt lg lbih ceria! Osu!
ye memang betullah kita disuruh membaca bismillah ketika hdk memulakan apa jua baik perbuatan mahupun pekerjaan.. supaya kita terhindar dari gangguan syaitan durjana.. sama2lah kita mengamalkannya..
Salam nasir..
boleh tak lana nak tmbh skit?
Untuk kekalkan kreativiti, melatih otak kanan n kiri, bangun pagi2, selain buat yg disarankan diatas, cikgu sekolah lana juga pernh ajar, baca huruf dan nombor selang2. mcmni:
A1 B2 C3 D4 ... Z26
baca sambil bygkan bagaimana rupa huruf n nombor..ni lebih pd utk aktifkn otak knan dan kiri..seingat lana la, tpi yg pasti, kebaikannya untuk latih tubi akal.
Pastu, smbil ucap Alhamdulillah.. praktis senyum selebar mungkin..dan sebut A E I O U sebetul2nya..mana yg perlu dimuncungkn mulut, muncung habis2..yg mana kena lebarkan mulut, lebar seluasnya..tp, pastikan buat dibalik tabir,heh3. takot kang ad yg tekejot.. tuk awet muda ni,hehehe
wah! terbaik lah lana, boleh cube neh.. tp bahaya gak kalo test tempat org ramai.huhui..
thanks lana.
sama2 boni..
Nice...
Tips Ceria sepanjang masa. Tapi saya ingin menambah yang tips no. 2.
Boleh membaca awal2 pagi, tapi bacalah yang menceriakan dan memotivasikan. contoh, kata-kata semangat daripada sesiapa sahaja.
Ini akan menjadi panduan dan dorongan kepada diri kita dalam menghadapi kehidupan. :)
Catat Ulasan