ASSALAMUALAIKUM..
Di hari yg ceria ini NH nak kongsi penampakan hantu di sebuah hospital lama yg paling berhantu di dunia, dan yg lebih menarik gambar ini telah mendapat anugerah “Best Ghost Evidence” di First Paranormal Awards Ceremony pada majlis Ghost World Conference. Ha terbaik punya!! jom tengok dan baca apa yg menarik pada gambar di bawah ini..
Dari jauh kelihatan imej hantu wanita misteri yang bersandar di dinding.
Pada september 2006, Halstead dan pasukannya menyiasat aktiviti paranormal yang dikatakan berlaku di sebuah bekas hospital batuk kering yang beroperasi pada awal 1900- an. Bekas hospital itu dikatakan diantara salah satu lokasi paling berhantu didunia. Rekod mendapati berlaku 63,000 kes kematian sepanjang hospital itu beroperasi.
Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Halstead segera ke tingkat empat untuk meninjau keadaan disana.Secara tiba-tiba, dia terasa keadaan disekelilingnya amat dingin. Bulu romanya tegak berdiri. Lalu, dia mengambil kameranya dan merakam gambar di kawasan tersebut secara spontan.
Pada keesokan harinya , semasa hendak mencuci kepingan filem yang di ambilnya semalam. Beliau melihat ada satu imej seseorang yang berdiri di tepi dinding bilik tersebut. Padahal, tiada sesiapa di bilik itu malam tadi melainkan tanda- tanda aneh kehadiran entiti hantu.
Imej hantu itu berupa seorang perempuan muda ( linkungan diantara umur 17-18 tahun ), berambut hitam ikal mayang dan memakain gaun. Gambar yang berjaya merakamkan imej hantu wanita muda itu dianugerahkan anugerah & “Best Ghost Evidence” di First Paranormal Awards Ceremony pada majlis Ghost World Conference.
NH: Ingin melihat keunikan seni ukiran pasir yg menarik? sila lawati blog
7 ulasan :
memang jelas kelihatan..masihkah wujud hospital ni NH ?
btw, Tq sebab promote =)
entahlah nal,mgkn juga hptl ni dah di robohkan atau mgkn saja di jadikan muzium? hehe
boleh tahan seksi itu hantu..haha
uis! seksi? ye btl bleh tahan. kiki.
Pernah dengar dulu memang ada hospital yang sangat mengerikan ini. Tapi dah lama tak tahu apa dah jadi kepada hospital tu. Tapi, memang nampak ngeri~~~~
kalau sebut pasal hospital ni memang ngerikan? lagi2 kalau hospital tu dah lama tak di gunakan, hui lagi ngeri seram!! huhu
erk.. nampak jelas betul.. betul hantu eh.. tapi org2 tua cakap kalau tempat tinggal lama, memang ada 'benda' huni tempat tu
Catat Ulasan