Khamis, 3 Mei 2012

Bob Kuman Meninggal Dunia

INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN


Terkejut Nh bila mendapat berita tentang Bob Kuman meninggal dunia sebentar sahaja tadi, pada pukul 4.38 petang.. Takziah Nh ucapkan pada keluarga Arwah, semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan ke dalam golongan orang-orang yg beriman.. amin..




KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak, Husni Rawi atau Bob Kuman disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.38 petang tadi di Hospital Sungai Buloh, di sini hari ini.

Bob sebelum ini terlantar dan mengalami kesukaran untuk bergerak di kediaman beliau di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Kematian artis komedi terbabit yang berusia 40 tahun disahkan jururawat yang menjaganya sejak 15 April lalu, Mohd Farid Hamzah.

Artis berkenaan dilaporkan pernah berkata tahap kesihatannya menurun sejak terjatuh di set penggambaran drama “Jangan Pandang Belakang Congkak” di Hulu Langat tahun lalu.
Menurut personaliti TV3, Mazidul Akmal Sidek, arwah dilaporkan tidak sedarkan diri dan kemudian dimaklumkan kepada beliau.
Ketika tiba di rumah arwah pada jam 4.30 petang, jururawat peribadi arwah, Mohd Farid Hamzah dan pembantunya sedang melakukan CPR.
“Berapa minit buat CPR?,” soal Mazidul.
“Lebih kurang 20 minit bang,” balasnya.
Beberapa minit kemudian, dua kakitangan Hospital Sungai Buloh tiba di rumah dan mengesahkan Bob meninggal dunia 8 minit kemudian.
“Tiada nadi dan nafas, anak mata sudah membesar,” ujar kakitangan hospital terbabit.
Isteri arwah kemudian dimaklumkan berhubung pemergiannya.

12 ulasan :

Sis AI berkata...

Mudah2han arwah dtempatkn dlm kalangan org2 yg beriman..

nasir hamzah berkata...

ye sis. amin

Cik Kay Jue berkata...

semoga rohnya dicucuri rahmat..

nasir hamzah berkata...

amin...

sis92 berkata...

mula dpt tau tadi ingat palsu lagi, tp rupanya betul
semoga arwah tenang di sana ,amin.

nasir hamzah berkata...

semoga hendaknya sis. amin.

Muttallif berkata...

Innalillahi'wainnalillahi rajiun

[PCL] berkata...

turut sama2 mengaminkan doa utk arwah Husni...al fatihah.

nasir hamzah berkata...

smg arwah tenang di sana.

Koding berkata...

Al-Fatehah...

NAL berkata...

Salam takziah buat isteri dan keluarga arwah.

deno berkata...

al-fatihah..

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..