Jumaat, 11 Mei 2012

GEMPAR: Misteri Air Telaga Merah





Proses mengeringkan telaga dilakukan bagi mencari punca kejadian.

SEMERAK, PASIR PUTEH - Penduduk di Kampung Dalam Rhu di sini gempar, apabila telaga milik seorang pengusaha keropok mengeluarkan air berwarna merah seakan-akan air sirap.
Pemilik telaga tersebut, Ramli Mohd Noor berkata, kejadian tersebut sudah berlaku hampir sebulan dan pada awalnya dia menyangka ia tidak berlarutan.

“Namun selepas beberapa hari berlalu, air yang tidak berbau ini menjadi semakin merah sehingga menyebabkan kami sekeluarga takut untuk menggunakan ia bagi tujuan memasak dan minuman,” katanya.


Cuba kering telaga
Menurutnya, mereka hanya menggunakan ia untuk tujuan membersihkan diri sahaja dan bersyukur kerana setakat ini air yang digunakan itu tidak mendatangkan sebarang masalah kepada kesihatan mahupun kulit mereka.

Ramli berkata, sudah beberapa kali dia cuba mengeringkan air telaga tersebut bagi mencari punca kejadian itu berlaku tetapi gagal apabila air yang keluar masih lagi berwarna merah.

“Daripada pemerhatian saya dan beberapa rakan, kami dapati air berwarna merah tersebut keluar dari mata air yang terdapat di dalam telaga itu.

“Kami sudah menyedut keluar semua air sehingga tinggal tanah sahaja tetapi tidak sampai sejam air mulai keluar semua dan masih berwarna merah.

“Jadi saya berharap jika ada pihak yang berkaitan membaca berita ini diharap mereka tampil untuk membuat pemeriksaan kerana saya ingin mengetahui punca sebenar kejadian tersebut,” katanya.


Sekadar ingin lihat

Ramli berkata, disebabkan kejadian itu, telaga miliknya kini menjadi tumpuan orang ramai yang ingin melihat sendiri kejadian aneh berkenaan.

Fenomena luar biasa tersebut mendapat perhatian orang ramai terutama penduduk setempat apabila ramai yang datang mengambil air itu untuk dijadikan minuman kerana bagi mereka ia dikatakan anugerah daripada Allah.

Mereka yang ingin menyaksikan sendiri keanehan tersebut boleh ke tempat kawasan terletak berhampiran pintu gerbang ke Pantai Bisikan Bayu, di sini.

Seorang penduduk, Abdul Wahid Jusoh berkata, dia dan penduduk lain tidak percaya kepada air itu tetapi kerana ia merupakan pertama kali berlaku dan kewujudannya begitu misteri, menyebabkan mereka berminat mengambil air tersebut dan disimpan.

“Ada penduduk yang cuba memasukkan ikan peliharaan ke dalam air itu dan tiada apa yang berlaku malahan ikan itu dapat hidup seperti biasa,” katanya.

Menurutnya, siapa tahu mungkin air tersebut mempunyai khasiat serta keistimewaannya tersendiri.

Bagaimanapun katanya, mereka hanya sekadar suka-suka dan ingin melihat lebih dekat anugerah Allah tersebut.
sumber sinar harian
NH: tak sangka air perigi boleh berwarna merah, kalau dekat lah, Boleh pergi tengok.. hehe...

4 ulasan :

uncle berkata...

tak sangka air leh tukar ke kaler merah..kuasa tuhan.

Dayang Deno berkata...

erk.. peliknya... nape warna merah ye... entah2 ada org letak warna... hehe

Tinta Lana berkata...

Salam nasir.. :)

Hurmm..ni mesti dibawah tanah, banyak mineral2 yang buat ia jadi gitu..cehh,memandai je aku,hehehe

Harap2, takda yg terlebih takjub plak..urmm, kalau dah guna, tpi takda kesan pa2..insyaAllah la..air tu elok.. :) semua berlaku menurut kehendakNYA..

Unknown berkata...

wah..kuasa Yang Maha Esa..

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..