Isnin, 28 Mei 2012

Gambar Ayam Masih Hidup Setelah 9 Hari Disembelih

ASSALAMUALAIKUM...


Ajal, Maut, Jodoh, Pertemuan semuanya itu sudah ditetapkan oleh-Nya.. kita sebagai manusia tidak dapat menolak takdir ALLAH.. Ya begitulah yang berlaku di salah sebuah kampung di pendang.. Kisah ayam sabung kacukan selasih yang sudah sembilan kali disembelih tetapi masih hidup dan masih boleh berjalan.. Pelik bukan.. akan tetapi kuasa ALLAH mengatasi segalanya.. subahanallah...




Sudah disembelih, tapi tidak mati. Begitulah tanda kekuasaan ALLAH di mana ayam sabung kacukan selasih yang disembelih oleh seorang penduduk kampung sekitar kawasan Bukit Raya Dalam dua minggu lalu, masih hidup. 


Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi apabila pemilik ayam, Esomuddin Idris, 40, menyembelih ayam itu untuk dijadikan juadah, namun selepas disembelih, ayam itu tidak mati walaupun urat mareh, leher dan pedal telah putus. 


Menurutnya, dia tidak menyangka ayam sabung kacukan selasih yang diberikan rakannya dari Parit Buntar Perak itu mempunyai keistimewaan.


“Sudah sembilan hari disembelih, ayam itu tak mati- mati.


“Saya sembelih mengikut cara yang sepatutnya dan apabila sudah selesai saya keluarkan darahnya serta melepaskannya dengan harapan ayam itu akan mati.


“Saya terkejut, dua jam selepas itu ketika mahu untuk mengambil ayam terbabit, ia berjalan dan memanjat pokok seperti biasa bersama ayam lain,” katanya. Esomuddin berkata, ayam itu kelihatan segar dan kuat walaupun ia tidak boleh makan dan minum kerana semua urat pada bahagian leher putus.



“Semua rakan-rakan serta penduduk kampung tidak ketinggalan melihat ayam terbabit sehingga ada penduduk yang meminta saya menjual ayam itu dengan harga RM10,000 namun saya tidak mahu menjual kerana bimbang disalahgunakan untuk tujuan khurafat.


“Hari ini (hari ke sembilan) saya sembelih ayam terbabit. Saya simpati keadaan ayam itu yang tidak boleh makan atau minum,” katanya.


Persiapan menyembelih ayam terbabit dilakukan seorang penduduk, Oon Md Hussin, 74. Oon berkata, dia membaca beberapa surah al-Quran, selepas itu barulah ayam terbabit mati serta-merta.


“Kejadian seperti itu pernah berlaku kira-kira 60 tahun lalu. “Saya percaya bahawa kematian itu bukan terletak pada pisau.


“Kuasa ALLAH semua boleh jadi. Oleh sebab itu tiada yang mustahil kerana kita dan semua makhluk lain hanyalah hamba di dunia ini,” katanya.


Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan mengenai perkara berkenaan daripada pegawai agama daerah Pendang, Syeh Ahmad Shukri Mohamed.


“Kejadian itu menunjukkan keagungan ALLAH SWT. “Ia dianggap pelik memandangkan jangka masa mati agak lama namun dari segi hukum, kita boleh makan ayam terbabit memandangkan kita sudah menyembelih mengikut syarat dan cara Islam,” katanya.


sinarharian


3 ulasan :

Unknown berkata...

Ooohhwww pelik ye tapi sume tu kuasa Allah.. kita hanya mampu merancang DIA yg menentukan...

Tanpa Nama berkata...

wah menarik cite ni..tp mmg kesianlah kalau ayam tu tak mati2 sbb dia tk boleh mkn/minum..

Unknown berkata...

Subhanallah.. Kuasa Allah swt.. :)

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..