Rabu, 9 Mei 2012

Jelmaan Wanita Cantik Dari Kepulan Asap Rokok

ASSALAMUALAIKUM..


Penampakan kali ini NH rasa ada kelebihan sikit.. sebab imej hantu yg terakam ini kalau kita perhatikan betul-betul berupa seorang perempuan yg cantik dan  memakai gincu di bibirnya.. merah!! ia terjadi dari kepulan asab rokok yg di hembus oleh seorang lelaki, jadi apa kelebihannya? korang pernah nampak kotak rokok kan? ada gambar paru-paru, ada gambar budak kecil dan macam-macam lagi lah.. tapi still penampakan dari hembusan asap rokok ini berupa perempuan cantik.. kenapa tak rupa gambar-gambar pada kotak rokok tu? kan!! sudah merepek.. haha, korang baca sendiri info kat bawah ni ok..




Seorang pelanggan sebuah gerai minum di pekan Langgar secara tidak sengaja merakam gambar satu kepulan asap yang menyerupai wajah manusia beberapa hari lalu sewaktu bersantai di kedai berkenaan.

Usahawan, Zul Azri Abdul Khalil, 34, berkata, sewaktu kejadian kira-kira jam 5 petang, dia hanya mahu menguji kamera telefon bimbitnya sahaja dan mengambil gambar beberapa kali.

Menurutnya, selepas beberapa ketika dia meneliti kembali gambar yang diambil dan terkejut apabila mendapati terdapat satu kepulan asap seolah-olah menyerupai wajah manusia.

“Terdapat seolah-olah kepulan asap yang menyerupai wajah manusia semasa gambar diambil.

“Selepas itu, saya  
end typing menunjukkan kepada beberapa kawan yang lain dan ternyata mereka juga turut terkejut,” katanya.

Pengalaman pertama kali merakam gambar aneh sedemikian ternyata turut menarik perhatian pelanggan-pelanggan yang berada di kedai berkenaan.

Zul Azri berkata, dia tidak menyangka bahawa dengan hanya mengambil beberapa gambar menggunakan telefon bimbitnya, dia dapat merakam gambar aneh.

Seorang lagi pelanggan kedai minum itu, Yusof Hat, 40, mengakui masih belum pernah melihat benda aneh yang dirakam secara tiba-tiba.

Menurutnya, bagaimanapun perkara demikian tidak perlu diambil serius kerana langsung tidak memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat di kawasan sekitar.

“Serius saya katakan memang tidak pernah melihat kejadian seumpama ini, sedangkan gambar berkenaan pula dirakamkan pada waktu siang,” katanya.





sumber

NH: MAHUKAN TIPS? 6 CARA MENGELAK ENTRY BLOG TERUS MATI..

 sila kunjungi blog 

Pelbagai tips yg boleh kita perolehi

3 ulasan :

Muttallif berkata...

Adoi...cantik ke kalau dia dalam keadaan yang agak menyeramkan? hahaha....seram2

nasir hamzah berkata...

huhu yeke tallid? napa Nh tgk dia cantik aje yer,haha gawat dh aku ni! nampk antu pun kata cntik.hui... seram..

Unknown berkata...

itu bukan penampakan , itu pasti hasil jepretan menggunakan aplikasi ghost camera bukan ? hayoo ngakuuu :/

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..