Jumaat, 18 Mei 2012

Masjid Pertama Dibina Di Dalam Air

Assalamualaikum kawan-kawan ku...

Pada pagi ini Nh nak kongsi pada korang tentang gambar dan berita di bawah ini, Terkesima Nh bila mendapati penyelam persendirian  ini menunaikan solat di dalam air, Ia menunjukkan betapa wajibnya ibadah solat itu dan ianya termasuk dalam rukun islam yang kedua.. sama-sama lah kita muhasabah diri ini supaya menjadi insan kamil disisi-Nya..InsyaAllah.. Amin..

PENYELAM bersolat jemaah di masjid pertama bawah air yang mereka bina.

JEDDAH: Sekumpulan penyelam persendirian Arab Saudi berkata mereka berjaya membina sebuah masjid di bawah air baru-baru ini dan bersolat di dalamnya.

Masjid pertama dalam sejarah pernah dibina di dalam air.

Akhbar harian Almadina melaporkan, penyelam berkenaan menggunakan batang paip plastik besar yang diisi pasir untuk membina masjid di kawasan perairan di barat laut Tabuk dan berhampiran sempadan Jordan.

Seorang penyelam, Hamadan bin Salim Al Masoudi, berkata seorang rakannya mendapat idea untuk membina masjid berkenaan pada musim panas lalu dan mereka mengambil keputusan untuk melakukannya.

“Masjid ini adalah satu simbolik untuk menjelaskan bahawa walau di mana sekalipun kita berada, kewajipan solat hendaklah ditunaikan,” katanya.

Al Masoudi berkata, pembinaan masjid itu selesai ketika waktu Zuhur dan beliau bersama rakannya segera menunaikan solat Zuhur berjemaah. – Agensi


sumber

5 ulasan :

sis92 berkata...

Alhamdullillah..
sis pun first time tau ni ..time kasih :)

nasir hamzah berkata...

sama-sama sis92 :)

|shuhadaothman|TM berkata...

Subhanallah. 1st time tahu. thanks sharing :)

nasir hamzah berkata...

sama2. apa yg baik di kongsi bersama.

Tanpa Nama berkata...

tak terkata..

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..