Khamis, 17 Mei 2012

SERAM: Kereta Terbabas Kerana Mengelak Hantu

Bila NH baca berita Di bawah ni, Nh teringgat pada kawan Nh yg pernah eksiden di sebabkan dia mengelak Lembu berwarna PUTIH melintas jalan, Dia yg cuba mengelak, menyebabkan kenderaan yang di pandunya terbabas dan terus terbalik sehingga dia mengalami luka di bahagian tangan yg teruk.. Lembu tu? hilang entah ke mana... padahal kejadian tu berlaku di lebuhraya utara selatan yg sudah di pagar kiri dan kanan jalan.. Pelik kan? Berita di bawah ni lebih kurang sama tapi yang lebih menyeramkan pemandunya cuba mengelak tiga kanak-kanak kecil sedang melintas..  siapa kanak-kanak tu? wallahualam...


PERLIS - “Anak saya mendakwa cuba mengelak tiga kanak-kanak kecil yang mahu melintas jalan di depan Istana Arau sebelum kereta dipandunya terbabas lalu merempuh pagar balai polis yang bertentangan istana.” 

Begitu kata Kamarudin Hasyim, 56, apabila anak lelakinya, Kamarul Ashraf, 18, yang juga pemain bola sepak Piala Presiden Angkatan Tentera Malaysia (ATM), patah tangan kiri akibat kejadian yang berlaku jam 12 tengah malam Isnin lalu.

Kejadian berkenaan menyebabkan Proton Iswara dipandu Kamarul Ashraf remuk teruk kerana merempuh pagar konkrit Balai Polis Arau.


Kamarudin berkata, Kamarul yang memandu berseorangan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kodiang, Kedah, selepas pergi ke gelanggang futsal di Kangar, di sini.

Menurutnya, dia dimaklumkan anaknya cuba mengelak kanak-kanak melintas jalan di kawasan itu sebelum kenderaannya hilang kawalan lalu merempuh pagar balai polis berkenaan.

“Lebih mengelirukan, sejurus selepas kemalangan, kanak-kanak itu tidak kelihatan, malah orang ramai yang melihat kejadian berkenaan juga mendakwa tidak melihat kanak-kanak yang dimaksudkan. 

Saksi kejadian memberitahu mereka melihat kereta dipandu anak saya meluncur laju sebelum melanggar tembok dan tiang lampu di hadapan balai polis itu lalu terbalik dan tersadai di situ,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, anak keempat daripada enam beradik berkenaan baru sahaja mendapat lesen memandu dan sering menggunakan keretanya untuk ke Kangar atau kawasan berdekatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, ekoran kejadian, pagar besi dan tiang lampu balai berkenaan mengalami kerosakan, manakala kereta terbabit remuk di bahagian depan.

“Mangsa patah tangan kiri dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi rawatan lanjut, malah polis sudah mengambil sampel air kencing pemandu,” katanya.

sumber


NH: sebelum memandu jangan kita lupa membaca doa menaiki kenderaan dan ayat kursi, semoga perjalanan kita di lindungi oleh-NYA..

8 ulasan :

Boni JLL3 berkata...

bahaya sebenarnya perkara2 macam ni..sebab tu kena baca doa sebelum memulakan perjalanan..

Muttallif berkata...

Memang bahaya tu NH. Kadang -kadang kita melihat kucing atau anjing melintas jalan pun kita terkejut.

Apatah lagi kalau ada perkara yang pelik-pelik. Bahaya.

sis92 berkata...

ish2..bahaya nasib baik tak mbawa maut..

nasir hamzah berkata...

boni- yup doa itu senjata orang mukmin..

nasir hamzah berkata...

mutallif- betul talif memandu ni bkn mudah, kena sentiasa peka dgn keadaan sekeliling kita.. yang penting fokus bila memandu.

nasir hamzah berkata...

sis92- ye sis syukurlah tak ada apa2.

Ira Nira berkata...

kna slalu bringat n biasakan bca doa sblm mulakn pjlnan...byk dgr kes2 cmni..takut

nasir hamzah berkata...

ya ira doa tu penting.. moga kita dilindungi dalam perjalanan kita.

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..