Selasa, 15 Mei 2012

Penampakan Imej Hantu Di Utara England



Seperti biasa pada malam-malam macam ni Nh akan siarkan Gambar penampakan hantu untuk korang semua yg meminati apa jua berkaitan dengan alam mistik.. Nh nak siarkan waktu tengah malam nanti korang takut pulak, Ha jadi waktu macam ni sesuailah kan untuk melihat gambar-gambar seram kat blog Nh ni.. huhu..


Ok di bawah ini Nh kongsikan gambar penampakan hantu yg di ambil oleh seorang lelaki yg bernama Colin Foster, ketika beliau sedang melancong di North Yorkshire, Utara England.. cuba korang lihat sendiri penampakan ini.. 


Seorang lelaki terkejut setelah dia merakam imej lembaga manusia yang dipercayai hantu ketika bercuti di utara England pada awal tahun ini.
Lelaki itu, Colin Foster, 34, menceritakan kembali bahawa imej misteri itu dirakam dengan menggunakan kamera digital yang baru dibelinya ketika melancong di North Yorkshire.
Beliau tidak mengesan apa-apa yang luar biasa sehingga pulang ke rumah dan melakukan semakan semula gambar yang telah dirakamkan.
“Saya dan teman wanita saya sedang melihat gambar-gambar tersebut. Tiba-tiba, teman wanita saya menyahut berhenti dan merampas kamera itu,” kata Colin.
“Teman wanita saya menyuruh saya membesarkan fokus pada satu bahagian gambar.
“Imej misteri itu pada awalnya tidak dapat dilihat dan semakin jelas setelah diperbesarkan. Kami tergamam dan memandang antara satu sama lain (apabila melihatnya),” ujarnya.
Sementara itu, anggota Persatuan Paranormal British, Nick Thurston berkata, imej yang dirakamkan itu jelas dan ia dianggap satu penjelmaan roh dalam bentuk manusia.

sumber kosmo

NH: nampak jelas, tapi macam robot pun ada ek? wallahualam..

10 ulasan :

Unknown berkata...

macam2 bentuk penampakan hantu ni kan

bebeldotsorang berkata...

nampak macam alien..wallahualam..

Muttallif berkata...

NH, taliff pun nampak jelas...huhuh...Talif buka Blog NH awal pagi lepas masih terniang-niang video hantu jepun yang lepas.... :P

PCL berkata...

sy tak pernah nampak secara sahih lg...belum dibuka hijab untuk melihatnya.

Tanpa Nama berkata...

haahlah nh, tengok cm robot pulak huhu

Nurul Farhan berkata...

a'ah la.. mcm robot plk.. ^^'

nasir hamzah berkata...

boni dan bebel- tuler mcm2 bentuk cm robot dh.huhu

nasir hamzah berkata...

mutalif- heheh trauma dh asyk tengok vd hantu jepun tu eh.. buat biasa jek.hehe.

nasir hamzah berkata...

Pcl- jgn ler dibuka hijab nyer. gawat nanti.hehe

nasir hamzah berkata...

sis ngan farhan. nasib dia tak berupa sin chan. huhu

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..