ASSALAMUALAIKUM..
Sila korang baca dulu info yg NH ambil dari satu sumber ini tentang kekejaman seorang ibu yg tak berperi kemanusiaan..
Gempar video seorang ibu bernama Ira telah mendera bayi tanpa belas kesihan. Hari ni di laman sosial Facebook telah tersebar video seorang ibu yang bernama Ira memukul, menendang dan menghempas seorang bayi comel yang baru belajar merangkak. Perangai ibu yang bernama Ira memang tidak berperikemanusiaan manakala perakam video itu langsung tidak menyelamatkan bayi yang didera itu.
Video telah diremove oleh youtube kerana kekejaman yang melampau. Namun, untuk melihat atau menonton video tersebut sila layari Video Pengasuh Ira Dera Bayi
Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.
Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.
Dah baca dan lihat sendiri betapa kejamnya seorang ibu ini.. menyirap darah NH bila menyaksikannya.. nasib tak ada darah tinggi, kalau tak dah pengsan NH gamaknya..
NH: sayangilah Darah danging anda!!
7 ulasan :
kesian kan baby tu.. harap lah mak die menyesal dan bertaubat dgn perbuatan dia ni..
Memang kejam...taliff tak sunggup hendak melihat video tersebut. Terlalu kejam
betul tu NH.. Bodoh lah orang yang merakam ni.. Tak tolong apa2..
dia ni bukan manusia sebenarnya..sangat2 zalim
tak berani nak tengok. harap wanita itu mendapat hukuman yang setimpal dgn perbuatannya, namun itu baru hukuman dunia bukan hukuman akhirat. Sanggup memperlakukan anak seperti sampah, haiwan pun pandai jaga anak inikan manusia.
Orang yg merakam tak bersalah... juga tak bodoh... mohon fahami si perakam video itu kerana itu sahajalah caranya untuk dia menyelamatkan baby malang tu...
Pengakuan perakam vieo penderaan kanak2:
http://www.youtube.com/watch?v=bzrYxXhv7qQ&feature=share
kesian bayi tak berdosa tu... apa punya mak la.. punyalah susah mengandung, beranak.. pastu senang2 je buat mcm tu.. emm.. tapi kena siasat juga apa masalah mak tu kan..
Catat Ulasan