Isnin, 7 Mei 2012

Gambar Wanita Muda Di Istana Berhantu

ASSALAMUALAIKUM..

Kali ini NH nak kongsi pulak gambar penampakan HANTU di Istana berhantu di salah sebuah negara di Britain, Ha tapi yg menariknya penampakan hantu ini, berupa seorang gadis yg cantik lagi cute, sehingga membuatkan NH tergoda di lamun asmara.. haha merepek sudah!!

Ok korang tengok sendiri gambar di bawah ini dan baca sedikit info yg NH ambil dari berita harian online... 


GAMBAR yang dirakamkan oleh Horkin menunjukkan imej hantu di Istana Gwrych, utara Wales.


Gambar yang dirakamkan oleh Horkin menunjukkan imej hantu di Istana Gwrych, utara Wales. ABERGELE, Wales – Seorang jurugambar, Kevin Horkin telah merakamkan gambar menyeramkan yang menunjukkan hantu seorang wanita muda di tingkap sebuah istana terbiar di utara Wales, lapor sebuah akhbar..


Gambar itu dirakamkan di lokasi yang dianggap antara paling berhantu di Britain, Istana Gwrych yang terletak di Abergele, Utara Wales. Imej itu mencetuskan misteri kerana secara realitinya manusia tidak boleh berdiri di tepi tingkap tersebut kerana lantainya sudah pecah. Horkin, 48, yang juga pemilik sebuah syarikat memberitahu dia melihat imej hantu itu semasa memuat turun gambarnya. “Ia merupakan hari yang dingin semasa saya pergi ke istana itu tetapi ia seakan- akan panas apabila saya berada berhampiran bangunan,” kata Horkin. 


Horkin percaya imej itu ialah seorang wanita yang pernah tinggal di istana berkenaan. Dia bercadang untuk menyiasat dengan lebih lanjut mengenai imej itu dengan pasukan mencari hantu. 


Istana itu dibina pada tahun 819. – Agensi


Sumber: bharian online


NH: Korang pernah ambil gambar pastu terambil gambar hantu?

3 ulasan :

Unknown berkata...

macam selena gomez la..hehehe

NAL berkata...

seram baca malam2 ni..tak pernah lagi ambil gambar then ada tuuuut..tak teringin pun ~

puttri weni paling cantik berkata...

gk serem gan

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..