Ahad, 13 Mei 2012

Penampakan Imej Misteri Di Pokok Akasia

ASSALAMUALAIKUM...


Semoga korang sentiasa sukses dalam kehidupan ini.. Doa tu...hehe..


Ok pada kali ni NH nak kongsikan tentang penampakan imej mirip wajah seorang wanita pada sebatang pokok Akasia.. Penampakan imej ini berlaku di sebuah kampung dipinggir gunung taman rekreasi Gunung Kerian Kedah.. Haa.. Ada sapa-sapa rakan blogger atau pembaca yg berasal dari sini? Kalau ada mungkin korang tahu cerita sebenar penampakan ini.. boleh lah kongsi di ruang komen yer..


Menurut sumber yang telah NH baca, sebelum muncul penampakan imej di pokok ini, penduduk-penduduk di kampung tersebut mengatakan terdengar suara tangisan seorang perempuan dari arah pokok akasia ini selama 3 hari berturut-turut, selepas dari kejadian itu tiba-tiba penduduk kampung gempar apabila terlihat penampakan imej mirip seorang perempuan yg berambut panjang muncul pada pokok Akasia itu.. Ada yang mengatakan imej itu muncul di sebabkan aktiviti pemujaan di perdu pokok itu atas niat yang tertentu.. wallahualam..


Apalagi jom kita tengok gambar pokok akasia yang penuh misteri ini...




Jelas kelihatan penampakan imej wajah di pokok Akasia ini.. Apapun penampakan imej ini adalah atas kuasa Allah.. Wallahualam...


sumber dari pokpa.blogspot.com dan melayukini.net

NH: Menu Menarik Hari Ini, Carrot susu creamer OREO

11 ulasan :

Nurul Farhan berkata...

wallahualam .. hanya Allah yg thu segalanya..

ish seram.. =.=

Tinta Lana berkata...

Salam nasir..

hurmm..memang nampak la rupa tu..huhu.

Tapi ada satu lagi, kat sebatang pokok kat Kellie Castle kt perak, imej beruang, ce nasir gugel..clear giler imej beruang kat pokok tu..masa lana pi pun, lana tgk, memg jelas la..kuasa Allah kan.. :)

nasir hamzah berkata...

wsalam. ye lana nasir penah gak tgk tapi kat internet la. nak pegi sana blm ada rezeki lg. nanti nasir buat entry pasal kellie castle tu, hehe.

tak dpt pi dpt buat entry pun jadilah.huhu.

Unknown berkata...

ajaib ..Wallahualam..

Tanpa Nama berkata...

wah, mmg jelaslah muka dia..aiyakk mesti seram nak lalu situ sorang2..haish

nasir hamzah berkata...

hu seram ek sis.

Muttallif berkata...

Mungkin kebetulan, mungkin ada sebaliknya...hanya Allah yang Tahu

Unknown berkata...

betul tu.. apa yang berlaku dan terjadi adalah kuasa Allah... mungkin ada sesuatu yang Dia lebih tau daripada kita. ataupun mungkin ini salah satu cara Dia untuk mengingatkan kita agar sentiasa mengingatiNya. dan tiada apa yang lebih berkuasa selainNya

Tanpa Nama berkata...

Kalau aku pun takut nak lalu situ..ermmmm

Unknown berkata...

Itulah kkuasaan Allah..

kedah-gurls berkata...

seram memang lah seram tapi nama tempat tu bakan gunung kerian...tapi gunung keriang!!!

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..