Jumaat, 11 Mei 2012

Video Pengakuan Perakam Kejadian Kes Ibu Dera Bayi






Berikut adalah penjelasan video ibu dera bayi yang telah dirakam dan tersebar kepada umum. Perakam video kes dera tersebut yang dikenali sebagai Noor sebenarnya adalah penyelamat kanak-kanak itu, bukannya seorang individu yang suka-suka merakam kejadian.


SAYA TAK SUBAHAT


KUALA LUMPUR: “Saya membuat rakaman semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana saya sudah tidak tahan melihat bayi itu kerap dikasari ibunya. Jadi, jangan kata saya bersubahat (mendera) atau tidak bertimbang rasa.”
Itu penjelasan wanita dikenali sebagai Noor yang merakam adegan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan didera ibunya dan rakaman video itu dimuat naik dalam Internet kelmarin, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.

Harian Metro semalam menyiarkan berita mengenai adegan rakaman video berkenaan serta kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang kes itu berlaku Mei tahun lalu dan ia sudah disiasat polis, malah ibu terbabit sudah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.


Noor, 30-an, berkata, dia tidak tahu siapa yang memuat naik rakaman video itu dalam Internet dan sedih apabila sebahagian besar maklum balas pengguna Internet mengenainya menyalahkan dia kerana dianggap bersubahat apabila tidak menyelamatkan bayi itu daripada didera ibunya.

“Itu ikhtiar terakhir saya untuk selamatkan bayi berkenaan. Saya sangat sedih kerana sebelum itu sudah empat kali wanita terbabit yang juga rakan saya memukul bayinya dengan teruk termasuk menghumban ke dinding,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Petaling Jaya.

sumber dari melvister dan metro online

5 ulasan :

Uji Hussein berkata...

Tak terlibat tapi sampai htai biar baby tu kena dera.

Unknown berkata...

astagfirllahaladzim..

Unknown berkata...

hurm... kita selalu menghukum sesuatu tanpa melihat dari sudut yang berbeza.. ternyata perakam ni sebenarnya berniat utk selamatkan bayi tak bersalah ni

anl berkata...

Saya rasa perakam sudah penat menasihati ibu itu.so last resort to rakam n bukti nye kukuh sgt ampai susah utk ibu tu untuk nafi

Tanpa Nama berkata...

you should atleast drag that baby out from her sight or stop her from.hitting. .. rather then sit at th corner and record th video . . kalau betol nk slamatkn pun whack that friend of yours and drag her to th police. .. not by this waay. . kesian bayi tuu. .. dyer nanges dalam kesakitan and you guys just did nothin??how could youu? eventho this story was like damn so long ago but still i just came thru it. ..

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..