Seperti biasa Nh nak kongsikan lagi gambar-gambar penampakan HANTU khas buat korang yg selalu berkunjung ke blog Nh yg dikatakan seram dan penuh misteri ini, sehingga ada yg takut nak singgah di waktu malam.. kata diaorang lah, pada Nh biasa je, Tapi.... Ha.. ada tapi, kadang-kadang Nh sendiri yg takut nak buka blog sendiri.. Haha poyo jer ek...
Ok penampakkan ini berupa LEMBAGA HITAM dimana salah seorang pelajar universiti ini yg terlalu asyik menangkap gambar dirinya sendiri pada waktu magrib sehingga secara tidak sengaja terakam sekali gambar LEMBAGA HITAM TANPA KAKI sedang merenung dirinya..
Mengikut bacaan NH di blog amekaw.com, remaja berumur 19 tahun ini yg bernama Safura Zakariah, tidak perasaan akan penampakan itu pada mulanya, selepas saja sesi bergambar di depan cermin di rumah neneknya itu, dia terus keluar bersiar-siar ke bandar.. sehinggalah dia pulang ke rumah, dan terdetik di hatinya untuk melihat gambar-gambar yg di ambil, tiba-tiba remaja ini terkejut bila mendapati ada satu imej lembaga hitam di belakangnya..
Dia yg tidak berpuas hati cuba mengambil semula gambar dirinya dalam posisi yg sama dan gambar itu tidak berjaya merakam imej lembaga hitam tersebut.. begitulah yg di ceritakannya kepada minguan malaysia..
Menurut Neneknya pula, kejadian aneh ini adalah yg pertama berlaku di rumahnya yg telah didiaminya selama 20 tahun.. setelah berita itu tersebar, ramai saudara mara serta jiran tetangga datang berkunjung bagi melihat sendiri gambar tersebut dan memuat turun ke telifon bimbit masing-masing..
Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Mersing, Zakaria Tahir ketika diminta mengulas berhubung gambar itu berkata:
“Allah menjadikan malaikat, jin dan syaitan sebagai makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia, namun ia boleh menyerupai atau menjelma dengan pelbagai bentuk.
“Apa yang penting sebagai manusia yang beriman kepada Allah S.W.T, kita tidak perlu taksub dan takut dengan kejadian aneh yang belum tentu kesahihannya itu sehingga boleh menjejaskan akidah,” katanya.
NH : ingat tak pada entry NH, yg bertajuk Gambar entiti terakam di surau lama di batu pahat, itulah pengalaman pertama NH dapat merakam penampakan hantu dalam surau tu..
12 ulasan :
memang seram..tak mengharapkan langsung nak tgk atau ternampak makhluk2 begini..minta simpang la..
hehe betul lah nal, minta dilindungkan..
Talif pun mintak simpang. Takut nanti tertengok perkara2 seperti ini akan lemah semangat. Seram
mesti awek ni da tak berani nak tangkap gambar lagi pasni.haha
hermmmm..perkara2 alam ghaib nih meamang sukar dijangka..
mereka semua makhluk allah.. :D
apapun. dia dapat gak pengalaman seram, yelah pengalaman cm ni bukan senang nak dapat. huhu cam berani jek.. huaa tatot...
erk.. memang seram... semalam dalam pukul 2pagi deno ada datang blog nasir tapi bila nampak gambar ni terus tutup! seram seram!!
hehe seram sangat ea dino..
amik pun waktu maghrib.. hu3..
errkk nape meremang bulu roma nih... seramnya.. direnung tu......==!
huis.. jangan tgok lama.. takot...hehehee
Macam tipu je ehhehehehe
Catat Ulasan